Tepati kriteria karakter, Nas-T diumum sebagai Keluang Man

PELAKON, Nas Muammar Zar atau lebih dikenali sebagai Nas-T diumumkan sebagai pemegang watak animasi ikonik Malaysia, Keluang Man.

Menurut Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, pemilihan Nas-T itu adalah kerana dia mempunyai ciri-ciri dan dedikasi yang menepati kriteria karakter Keluang Man.

Ujarnya, selepas Astro Shaw mengumumkan penghasilan Keluang Man, pelbagai reaksi positif diterima daripada peminat serta menerima liputan meluas.

Katanya, itu membuktikan Keluang Man masih relevan dan mempunyai impak yang sangat besar kepada penonton Malaysia.

“Dalam masa yang sama, kami mahu memperkenalkan semula IP animasi kebanggaan negara kita melalui live action movie kepada generasi baru dan tentunya mengangkat karya ini ke tahap yang lebih tinggi, dengan skala yang lebih besar,” katanya.

Baca juga Nak tonton drama, filem baharu dan lama, LokLok aplikasi paling terbaik setakat ini

Dalam pada itu kata Raja Jastina, pihaknya percaya Nas-T mampu menggalas watak tersebut dengan baik kerana ciri-ciri yang dimiliknya menjadikan dirinya layak untuk bergelar Keluang Man.

“Selepas menjalankan sesi uji bakat, Astro Shaw mencapai kata sepakat untuk memilih Nas Muammar Zar kerana ciri-ciri dan dedikasi beliau yang menepati kriteria karakter.

“Kami percaya Nas mampu membawakan kelainan dalam menghidupkan watak animasi kegemaran ramai ini.

“Tidak ketinggalan, kami turut membariskan gandingan pelakon berkarisma tanah air seperti Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal dan Datuk Rosyam Nor.

Iklan

Baca juga Baru 6 hari tayangan, filem animasi Mechamato cecah kutipan RM10 juta!

“Keluang Man dijangka menemui penonton pada tahun 2025. Kami sedang merangka strategi dalam menghasilkan universe terbesar ini dan mengalu-alukan peluang kepada pelbagai pihak untuk bekerjasama dalam francais ini,” jelasnya.

Keluang Man versi filem ini bakal diarahkan oleh Anwari Ashraf yang turut mengarah trilogi filem Polis Evo, drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM.

Iklan

Filem ini masih berada dalam fasa pra-produksi dan sesi penggambaran dijangka bermula April tahun hadapan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!