Terbuka cerita lama, Diana Danielle serba salah

DIANA DANIELLE
DIANA DANIELLE
A
A
A

PELAKON dan penyanyi, Diana Danielle mengakui merasa serba salah apabila cerita lama pernah dipukul bekas teman lelaki tular baru-baru ini.

Jelas Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, dia tidak menyangka isu penderaan fizikal yang dikongsikan dalam sebuah program di YouTube mendapat perhatian ramai.

"Saya bercakap mengenai kesihatan mental dan bagaimana cara meneruskan hidup. Sepanjang lebih satu jam berkongsi, tak sangka pula isu penderaan fizikal difokuskan.

“Bagaimanapun saya tidak berniat nak ungkit kisah lama apatah lagi mahu mencari gaduh dengan orang lain.

“Sebenarnya rasa serba salah selepas berkongsi mengenai isu tersebut kerana saya tak maksudkan sesiapa,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Rizman Ruzaini RR Cruise 22/23 di RR Flagship Store di Shoppes at Four Season Place pada Selasa.

Tambah isteri kepada aktor dan pengarah Farid Kamil itu, isu penderaan bukan perkara baharu yang didedahkan kerana dia pernah berkongsi kisah tersebut sekitar 10 tahun lalu.

"Ramai yang menghantar mesej secara peribadi dan berterima kasih kerana ada perkara yang disentuh memberi semangat dan ruang bercerita mengenai pengalaman mereka, bukan hanya berkisar mengenai apa yang saya perkatakan.

"Farid juga memahami apa yang saya luahkan itu atas dasar kerja dan dia tenang sahaja," jelasnya.

Terdahulu, aktres kacukan Melayu-Inggeris itu mencuri perhatian ramai apabila secara terbuka berkongsi pengalamannya didera secara fizikal oleh bekas kekasih yang tidak didedahkan identitinya.

Menerusi perkongsian dalam program Studio Sembang bersama Amelia Henderson, dia memberitahu pernah dipukul sehingga mengalami bengkak pada bahagian leher.

Diana kemudiannya berkawan dengan Farid sebelum mendirikan rumah tangga pada 2012. Hasil perkongsian hidup selama sedekad, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata,  Muhammad, 9, dan Nur Aurora, 7 tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca