‘Terima kasih pilih saya jadi mummy awak’. Ucapan Watie sempena hari lahir anak Shuib buat ramai terharu

‘Terima kasih pilih saya jadi mummy  awak’. Ucapan Watie sempena hari lahir anak Shuib buat ramai terharu

MENUJU berlangsungnya hari bahagia Jun depan, pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu dan tunang, Watie Hanifiah tidak lagi berselindung tentang perhubungan mereka.

Ikatan pasangan yang bertunang pada 6 Mei lalu itu nampaknya semakin serasi.

Tidak hanya antara mereka berdua, hubungan antara Watie dan anak-anak Shuib iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 2, juga bertambah erat.

Baca juga: Shuib, Watie bakal bersatu 23 Jun depan

Baca juga: Jodoh luar biasa, dulu  crush kini bergelar suami. Haziq selesa galas tanggungjawab ‘bapa segera’

Bakal menerima kehadiran empat orang anak tiri, Watie menitipkan kesyukuran dipilih sebagai ibu mereka.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, usahawan wanita itu menitipkan ucapan hari lahir buat satu-satunya anak perempuan Shuib, Dzakira Talita Zahra atau lebih dikenali sebagai Dekta.

Baca juga: Segan kongsi perancangan kahwin, Shuib dan Watie nikah Jun depan

“Happy Birthday Doctor Love Aunty. Thank you selalu jadi penghibur dan peneman aunty ke mana sahaja.

“Thank you selalu backup dan menangis untuk aunty bila time daddy bertukar jadi garang. Thanks for your kindness and love. Aunty love you more.

“And thank you for choosing me to be your mummy,” titip Watie.

Menerusi hantaran yang sama, wanita berusia 35 tahun itu merakamkan video yang memaparkan gelagat ceria Dekta.

Terdahulu, pasangan itu bertunang secara tertutup di kediaman Watie yang juga usahawan di Shah Alam.

Warga maya mengakui tersentuh melihat hubungan rapat Watie dan Dekta dan berharap wanita itu menjadi ibu yang baik.

– “Terima kasih Watie sudi jaga Talita dan adik-beradiknya serta menjadi ibu yang baik buat mereka. Semoga Watie berbahagia bersama Shuib dan anak-anak dan dipermudahkan segala urusan majlis nanti. Abaikan yang negatif. Happy Birthday Talita.”

– “Saya pula yang sebak. Thank you Wati. Insya-ALLAH awak pengganti terbaik untuk anak-anak arwah. Semoga kekal bahagia selalu.”

– “Tahniah Watie . Saya yakin awak boleh jadi mommy terhebat pada anak-anak ini.”

– “Talita the only girl. Happy dia ada mommy.”

– “Bukan senang budak yang besar begini nak selesa dengan orang luar kalau orang tu tak betul-betul ikhlas. Tahniah Watie, nampak Talita selesa dan sayang Watie.”

– “Tak mudah anak yang kehilangan ibu untuk menerima orang lain mengganti tempat ibunya. Tahniah Watie, nampak Talita bahagia dan ada kawan.”

Tidak kurang juga yang memberi komen tentang cara ketawa Watie yang seakan sama dengan Allahyarham Siti Sarah.

Baca juga: Sumbangan 15 hari sebelum meninggal, nama Siti Sarah diabadikan surau, dewan rumah anak yatim

– “Sebijik ketawa macam arwah Siti Sarah. Bahagia sungguh dekat dengan pengganti ibunya. Semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.”

– “Dengar Watie gelak, teringat ketawa arwah Siti Sarah. Maaf tak bermaksud membuat perbandingan. Saya tumpang happy tengok Watie happy bersama anak-anak Shuib.”

– “Cara gelak teringat kat arwah. Suara pun sama, semoga anak-anak bahagia bersama bakal ibu baru.”

Sumber: Instagram iamwatie

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Share
Azma ML

Recent Posts

Ubai sebak, Shila Amzah selamat bersalin anak kedua. ‘Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira’

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Shila Amzah dan suami, Ubai Zulkefli selamat menimang cahaya mata bersama…

5 hours ago

Parah muka & mata angkara asid yang dibawa pulang bapa, gadis pasrah. ‘Saya tidak pernah berdendam’

14 tahun telah berlalu, insiden terpercik asid yang tidak disengajakan oleh bapa masih segar dalam…

6 hours ago

Air mata iringi pengebumian mangsa pokok tumbang, anak-anak & keluarga hiba dan sayu

MAJLIS pengebumian mangsa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Allahyarham Md Rizal Atan,…

10 hours ago

Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. ‘Ayah tidak cukup duit beli kasut bola….’

INSIDEN jenayah yang menimpa tonggak pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus meruntun hati. Masakan tidak,…

12 hours ago

#standwithfaisalhalim, Sultan Selangor titah perkenan tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa permohonan tangguh ditolak

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan…

16 hours ago

Grab promosi kaw kaw Shopee Mall Super Brand Day, ini pilihan hadiah buat insan tersayang sempena Hari Ibu

SEMPENA minggu sambutan Hari Ibu, mesti ramai yang plan untuk memberikan hadiah kejutan buat insan…

17 hours ago