Ziarah kubur luah perasaan, Shuib akui tak mudah hidup tanpa Siti Sarah

SEMUA yang hidup pasti mengalami saat memeritkan apabila berpisah dengan orang yang disayangi.

Tidak kira siapa yang meninggalkan siapa, perasaan pilu, sedih, kosong dan perit tetap ada pada kedua-duanya.

Seperti jua usahawan terkenal, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 37, yang mengakui dirinya berdepan kesukaran untuk meneruskan kehidupan sebagai bapa tungal.

Bahkan, Shuib tidak mampu untuk berkongsi masalah dengan sembarangan orang memandangkan selama ini posisi pendengar setia diisinya hanyalah isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurut laporan media tempatan, sejak pemergian Allahyarhamah, dia membungkam pelbagai emosi selain mengaku sukar meneruskan kehidupan namun berusaha sehabis baik menjaga keempat-empat anak mereka yang masih kecil.

Kata Shuib, orang luar mungkin boleh berkata apa sahaja namun itu adalah perasaannya. Sebenarnya tidak mudah hidup tanpa Allahyarhamah yang selama ini sentiasa ada bersama dirinya dan hampir semua perkara dibuat bersama-sama.

Ujarnya lagi, jika mengalami masalah peribadi mahupun bisnes, mereka saling saling merujuk antara satu sama lain. Namun apabila Allahyarhamah tiada, dirinya kekok tiada tempat dirujuk lagi.

Tutur bekas ahli kumpulan Sepah itu, bukan dengan semua orang kita boleh kongsikan masalah.

Berikutan itu, Shuib kerap menziarahi kubur arwah isterinya dan sering meluahkan perasaannya di situ.

Katanya itulah aktiviti yang dilakukan hingga kini. Bila ada masalah, dia tidak kongsikannya dengan orang lain walaupun dengan ibu atau mentua.

Selain meluahkannya ketika menziarahi kubur, penyanyi lagu Semakin Benci Semakin Cinta itu sesekali akan bertemu dengan doktor peribadi yang pernah merawat Allahyarhamah suatu ketika lalu untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Ujarnya, ia suatu yang penting apabila sering dirundung emosi, tubuh badan juga secara tak langsung akan terjejas.

Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Baca juga ‘Doakan ALLAH pinjamkan sedikit oksigen…’ – Shahrulezad sedih tidak dapat solat sempurna

Siti Sarah, 36, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PUKM) di ibu kota akibat jangkitan wabak Covid-19.

Allahyarhamah sebelum itu menjalani pembedahan tanpa sedar bagi melahirkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.

Selain Ayash, Allahyarhamah turut meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

21 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

1 day ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

2 days ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

2 days ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

2 days ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

2 days ago