Terima tajaan RM7 juta, Mas Idayu, Sufian bakal nikah pada 16 September
PENYANYI dangdut Mas Idayu mengumumkan bakal melangsungkan hari bahagianya bersama Penerbit Eksekutif di stesen TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada 16 September depan.
Menurut Mas Idayu, 50, majlis perkahwinan yang akan diadakan di Magica Quill City Mall itu bertemakan dongeng dan fantasi.
Lebih istimewa, acara paling bersejarah dalam hidupnya itu juga mendapat tajaan mencecah RM7 juta berbentuk barang kemas, tajaan lokasi dan busana perkahwinan.
“Saya tak terlalu fikir soal jumlah tajaan. Apapun, saya bersyukur atas rezeki kurniaan Tuhan.
“Apa yang lebih saya fikir ialah kehidupan dan tanggungjawab selepas berkahwin. Selepas sekian lama tiada teman hidup dan tak percaya ikatan perkahwinan, akhirnya Allah buka hati saya,” katanya.
Mengulas tentang pemilihan tarikh 16 September yang juga jatuh pada sambutan Hari Malaysia, penyanyi Cintaku 100% itu berkata, ia adalah pilihan bakal suaminya dan ia tidak mempunyai simbolik tertentu.
“Saya jenis tak ingat tarikh istimewa, jadi mungkin lebih mudah ingat apabila tarikh pernikahan jatuh pada Hari Malaysia.
“Namun, tiada simbolik tertentu. Insya-Allah, acara akad akan berlangsung, jam 9 pagi dan diikuti majlis resepsi pada sebelah malam,” jelasnya.
Mas Idayu pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada tahun 1997, namjun bercerai pada 2006. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Ashiqah yang kini berusia 25 tahun.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang