Terkejut nama trending di Twitter, Fazura sangkakan kerana lemang

Fazura & Fattah Amin
Fazura & Fattah Amin
A
A
A

PELAKON popular, Fazura mengakui terkejut apabila namanya tiba-tiba trending nombor satu di laman Twitter tanpa diketahui punca pada Selasa.

Menurut Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 38, dia hanya menyedari perkara tersebut apabila diberitahu rakan-rakannya, sebelum memeriksanya sendiri.

“Sejujurnya saya memang tidak tahu tentang perkara itu (nama trending di Twitter) kerana semalam saya sibuk melayan karenah anak, Nur Fatima Aisya yang baru sahaja tumbuh gigi.

“Jadi saya memang tak tengok sangat telefon. Bila rakan-rakan bagitahu, barulah saya memeriksa apa yang berlaku,” katanya.

Tambah pelakon filem Gol & Gincu itu lagi, pada mulanya dia menyangka namanya trending disebabkan ciapannya di Twitter mengenai lemang kegemarannya.

“Awalnya saya sangkakan tweet tentang lemang lembut dan masin kegemaran saya yang dimuat naik di Twitter sebelum itu, menjadi puncanya.

“Bila orang kata nama saya trending, saya ingat saya dah salah bual atau salah tulis dalam twit tersebut sehingga orang jadikan ia sebagai bahan jenaka. Itu saja dan selebihnya saya tidak tahu,” jelasnya.

Terdahulu nama Fazura yang juga merupakan isteri kepada pelakon Fattah Amin trending di laman Twitter apabila warga maya menyelitkan namanya ketika menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kontroversi melibatkan Neelofa berkaitan kadar kompaun yang diterima selebriti itu.

Dalam pada itu, Fazura yang ditemui pada majlis meraikan anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Cahaya Kasih di Suria KLCC, pada Rabu, mengakui teruja berpeluang menyantuni anak-anak kurang bernasib baik dengan sempena Ramadan.

Pada majlis tersebut, Fazura dan Fattah selaku duta jenama Bata Malaysia menyampaikan sumbangan kasut dan duit raya kepada 20 kanak-kanak dari pertubuhan tersebut.

“Saya sangat berbesar hati dapat bersama dengan Bata untuk meraikan anak-anak yatim ini dengan sedikit sumbangan.

“Program amal ini sudah dirancang sejak tahun lalu lagi, tetapi disebabkan pandemik Covid-19, ia terpaksa ditunda.

“Alhamdulillah tahun ini, ada rezeki bersama mereka. Pemilihan rumah anak-anak yatim ini dilakukan oleh pihak Bata hasil perbincangan kami bersama di mana kami mengambil kira aspek rumah ini yang kurang mendapat perhatian berbanding yang lain,” ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca