‘Terkejut & tidak jangka.’ Terharu lagu viral hingga luar negara, Azira Shafinaz dedah kenapa pilih tajuk Alamak Raya Lagi

PENYANYI dan pelakon, Azira Shafinaz terharu lagu raya pertama nyanyian De Fam, ‘Alamak Raya Lagi’ viral hingga ke luar negara.

Azira ketika ditemui selepas sidang media Malam Gala Filem Sheriff berkata, sejujurnya beliau tidak menjangkakan lagu tersebut meraih perhatian ramai termasuk sebuah kumpulan penari popular di Jepun.

“Kami tidak melakukan sebarang marketing atau boost apa-apa di media sosial. Semua secara spontan.

“Peminat yang tag, saya memang terkejut kerana menyangka hanya popular di Malaysia. Siapa sangka pecah pasaran hingga ke luar negara.

Iklan
Iklan

Baca juga:Gabungan baharu 3 wanita, Nona tak berniat saingi Dolla dan De Fam

“Orang tak tahu lagu ini dah siap setahun dan kita nak keluarkan pada 2023. Cuma, ada masalah yang tidak dapat dielakkan, maka terpaksa tangguhkan ke 2024. Alhamdulillah, sambutan diterima sangat menggalakkan,” katanya.

Tambah Azira lagi, kelahiran lagu berkenaan hanya untuk memeriahkan lagi sambutan Syawal dan tidak membawa maksud yang negatif.

Jelasnya, lagu tersebut diinspirasi sewaktu perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2022 yang ditetapkan sehari awal daripada tarikh sepatutnya yang mana disifatkan raya ‘terkejut’.

“Perkataan ‘alamak’ ini jangan disalah anggap dan kami tiada niat pun untuk menyatakan bahawa tidak seronok beraya.

Baca juga:Liburan dengan karavan, trend masa kini menjadi kegilaan ramai. Seronok betul dapat bersantai dengan famili!

“Orang salah taksir lagu ini, ia diinspirasi daripada raya terkejut pada 2022. Ini adalah situasi yang mana semua orang boleh ‘relate’ yang memang indahnya raya, tapi dalam masa sama, ada momen seperti ‘alamak kenapa tak jadi, alamak kereta rosak’,” katanya.

Beliau turut bersyukur apabila ‘view’ di youtube makin meningkat dan kini mencecah 15 million.

“Sasaran kami 20 million view dan Insya-ALLAH jika dapat target itu De Fam nak buat rumah terbuka ‘Alamak open house lagi’,” ujarnya.

Kesempatan itu juga, penulis meminta pandangan beliau mengenai pengunduran diri Syasya daripada Dolla.

Ulas Azira, semua pilihan di tangan masing-masing, meskipun satu kerugian namun mendoakan yang terbaik buat mereka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Share
Nilam Nur Atikah Oshman

Published by
Nilam Nur Atikah Oshman

Recent Posts

‘Bukan kehilangan tapi memulangkan.’ Rangka ditemui selepas 36 hari, isteri reda Muhammad Syafiq sudah tiada, akui suami terbaik

BARU-baru ini negara dikejutkan dengan berita kehilangan lelaki, Muhammad Syafiq Salehin, 32, yang tidak pulang…

1 hour ago

Manisnya! Buat ‘soft cookies’ guna resipi Mak Ina, boleh kawal sendiri gula. Makan celup susu memang ngam

RAKYAT Malaysia ni kalau bab makan mesti pantang, pantang tak cuba! Mesti nak rasa je…

2 hours ago

Tak kisah suami hadiahkan kereta second hand & mengaku tiada lesen, Atikah Suhaime dipuji simple & humble!

KETERUJAAN pelakon Datin Atikah Suhaime jelas terpancar di wajahnya apabila sang suami, Datuk Lokman Teh…

4 hours ago

‘Tahniah sayang.’ Rahim Sepahtu rai hari konvokesyen isteri, Kolin Abdullah tamat pengajian

PELAWAK dan penyampai radio, Rahim Sepahtu meraikan hari bahagia isterinya, Norazlin yang berjaya menamatkan pengajian.…

4 hours ago

‘Kalau tidur, muka menghadap kaki orang sabarlah.’ Pemuda ini kongsikan tip menarik persediaan awal ke Tanah Suci

TAHNIAH buat semua jemaah haji yang yang tiba di Tanah Suci Makkah dan Madinah untuk…

5 hours ago

Pernah dibuang, jadi anak angkat. Muka ‘Pakistan’ bonus Fan Zihe di China

  BAYI malang berasal dari Pakistan yang dijumpai dalam kotak kadbod oleh sepasang suami isteri…

12 hours ago