Terlalu penat, Faizal Tahir mahu berehat panjang

Faizal Tahir
Faizal Tahir
A
A
A

PENYANYI dan komposer terkenal, Faizal Tahir mengejutkan para peminatnya apabila mengumumkan untuk berehat panjang selepas Aidilfitri nanti.

Bagaimanapun, Faizal, 42, berkata, keputusan itu hanya melibatkan komitmennya sebagai penyanyi sahaja, dan memberi bayangan akan meneruskan  tanggungjawabnya sebagai komposer dan penerbit untuk penyanyi lain.

Menurutnya, keputusan tersebut diambil kerana terlalu penat disebabkan bekreja tanpa henti semenjak 2015 sehingga tidak dapat memberikan tumpuan penuh kepada keluarga.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih buat semua yang setia di sisi sepanjang perjalanan ini.

“Sama ada sejak hari pertama ataupun baru semalam, terima kasih tak terhingga dari lubuk hati saya.

“Saya kerja tanpa henti sejak Assalamualaikum pada 2015. Diikuti Anatomi, Rojak, Qibla dan projek-projek lain memang sangat berbaloi.

“Alhamdulillah. Tapi saya sudah kehabisan tenaga dan kepenatan itu sangat nyata,” ujar Faizal menerusi perkongsian di laman Instagramnya.

Terdahulu Faizal baru sahaja membuat penampilan semula dengan kumpulan nasyid yang pernah dianggotainya 17 tahun lalu, Mirwana menerusi lagu Aku Tanpa Cintamu2021.

Dalam pada itu, tambah Faizal, Qibla menjadi buat tangannya yang terakhir buat peminat sebelum berehat panjang.

“Qibla adalah buah tangan terakhir saya kepada anda semua sebelum berehat panjang selepas raya. Saya amat memerlukan masa untuk keluarga dan diri-sendiri.

“Saya masih berada dalam industri. Masih menulis dan menerbitkan (lagu), tetapi bukan untuk diri saya," katanya.

Dua tahun lalu, Faizal pernah melahirkan hasrat sama selepas pemergian rakan pemuzik, Allahyarham Kelly dan Aji.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca