‘Tersungkur dan jatuh atas jalan…’ – Awal Ashaari dedah punca Lara Alana patah tangan

A
A
A

SEJAK dua minggu lalu, kelibat Lara Alana dengan tangan kiri bersimen mengundang pertanyaan ramai.

Apatah lagi Lara bersama bapanya, Awal Ashaari dan adik, Lila Amina sempat bercuti ke Pulau Langkawi sebelum perkongsian mengenai tangannya di buat.

Keluarga Awal dan Scha.

Bagaimanapun Awal menerusi Instagram Lara pada Sabtu menceritakan insiden sebenar yang berlaku pada 11 Februari lalu.

“Okay lah, disebabkan ramai yang bertanya, cerita dia macam ni… Balik je dari (Pulau) Langkawi hari tu, Lara pun macam biasa, main dengan kawan-kawan di kawasan rumah.

“Biasalah dah lama tak jumpa kawan, teruja… Tiba-tiba ketika berlari, Lara tersungkur dan jatuh atas jalan sehingga seluar koyak serta lutut berdarah.

“Daddy (Awal) pujuk masuk mandi dan bersihkan luka. Mula-mula tak perasan, tiba-tiba Lara mengadu tangannya sakit dan lengan dia juga mula membengkak.

“Bawak pergi ke kecemasan dan terus buat X-Ray, doktor maklumkan dua tulang patah,” jelas Awal.

Lara terus menjalani 'emergency manipulation surgery' pada hari sama yang memakan masa 30 minit.

Tambah suami kepada pelakon dan pengacara, Scha Alyahya itu, Lara terus menjalani pembedahan kecemasan pada malam sama yang memakan masa 30 minit.

“Jadi Lara perlu memakai 'cast'  itu untuk tempoh sebulan. Doakan Lara cepat sembuh…” ujarnya.

Difahamkan akibat insiden itu, Scha yang berada di Perlis kerana menjalani penggambaran filem Telaga Suriram telah mengambil cuti dan bergegas pulang ke Kuala Lumpur.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca