Teruja dengan Polis Evo 3, Shaheizy Sam ambil masa dua minggu buat badan

A
A
A

DEMI karakternya sebagai Inspektor Khai dalam filem Polis Evo 3, Shaheizy Sam mengambil inisiatif sendiri dengan melakukan diet ekstrem selama dua minggu untuk mendapatkan badan kekar.

Biarpun tidak mudah, malah perlu mengeluarkan bajet sendiri untuk tujuan tersebut, aktor yang lebih mesra disapa sebagai Sam itu tekad berbuat demikian untuk memastikan penampilannya memenuhi kehendak watak dibawakan.

Sam kembali bergandingan bersama Zizan Razak dengan aksi lebih hebat dalam Polis Evo 3.

“Saya sebenarnya seorang yang tidak kisah sangat tentang bentuk badan dan hanya akan mengambil kira tentang perkara itu apabila mendapat tawaran berlakon filem aksi.

“Bila ada karakter yang memerlukan saya ‘buat badan’, barulah saya akan lalukan persiapan rapi termasuk diet ekstrem bagi memastikan fizikal saya tampil meyakinkan di depan kamera.

“Untuk Polis Evo 3, saya mengambil masa selama dua minggu untuk dapatkan bentuk badan yang diperlukan. Masa yang sangat singkat, tetapi dengan disiplin dan kemahuan tinggi, saya berjaya lakukannya,” ujarnya.

Aksi sendiri

Mengulas tentang babak aksi dalam sekuel ketiga filem blockbuster terlaris itu, Sam mengakui lebih suka melakukan aksi sendiri jika ia tidak mendatangkan risiko.

“Saya lebih suka buat sendiri babak aksi untuk kepuasan diri. Namun jika ia melibatkan aksi ekstrem dan terdedah kepada risiko kecederaan, barulah saya akan lepaskan kepada mereka yang lebih pakar.

“Biarpun teruja buat babak aksi, saya perlu mengambil kira kemungkinan berlakunya kecederaan yang bukan sahaja menyusahkan diri saya, tetapi juga pelakon lain dan pihak produksi yang mungkin terpaksa menangguhkan penggambaran,” tegasnya.

Sam bersama isteri, Syatilla Melvin dan anak-anak.

Sebelum sibuk dengan aktiviti promosi filem Polis Evo 3 yang bakal menemui penonton pada 25 Mei ini, bapa kepada tiga anak itu teruja dapat meraikan Aidifitri bersama keluarga di Melaka dan Pulau Pinang.

“Sejak dah berkeluarga, raya saya lebih kepada anak-anak. Baik untuk persiapan mahupun sambutan raya itu sendiri. Jika mereka gembira, saya apatah lagi.

“Teringat kenangan masa raya dalam situasi pandemik Covid-19 dulu. Bila kita hanya dapat beraya dengan keluarga sendiri saja, tetapi kita tetap beraya dengan gembira.

“Barulah kita sedar betapa selama ini kita sibuk bekerja dan tidak banyak meluangkan masa dengan keluarga,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca