Teruja hadiri kursus kahwin, Watie Hanifiah kongsi dia calon paling tua ramai titip doa

BAKAL menjadi suri hati kepada pelawak terkenal Shuib, Watie Hanifiah meluahkan rasa teruja selepas selesai menghadiri kursus kahwin.

Umum maklum, Watie Hanifiah, 35 dan Shuib yang selamat bertunang awal Mei lalu akan disatukan pada 23 Jun depan.

Menghitung hari bahagia itu, menerusi perkongsian di Instagram, Watie memberitahu bahawa dia merupakan satu-satunya peserta tertua berbanding pada kursus pra-perkahwinan tersebut.

“Peserta Tertua. Takpelah kata orang, yang lambat tu selalunya sebab ALLAH nak bagi yang terbaik dan yang paling tepat.

“Mungkin sebab selalu dengar kata orang, akhirnya dapat,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Baca juga Shuib, Watie bakal bersatu 23 Jun depan

Kredit foto: Instagram Watie

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan agar urusan Watie bersama bakal suaminya sentiasa dipermudahkan.

“Semoga dipermudahkan untuk next step.”

“Lambat cepat. Dah jodoh. Rahsia. Tahniah.”

Baca juga ‘Terima kasih pilih saya jadi mummy awak’. Ucapan Watie sempena hari lahir anak Shuib buat ramai terharu

Watie dan Shuib pada sambutan Aidilfitri 22 April lalu.

“Tahniah kak. Semoga dipermudahkan segala urusan dan bahagia yang baru kak.”

Iklan

“Alhamdulillah… Semoga Watie bahagia bersama family baru till jannah.”

“Sabar yunk selalunya yang lambat tu yang terbaik untuk kita saya pun kawin lambat 33 baru kawin yang datang selama ni hanya persinggahan yang datang kali ni milik kita. Semoga berbahagia.”

Terdahulu, Shuib yang juga penyampai radio Suria FM menamatkan teka-teki hubungannya bersama Watie dan mengakui bakal bernikah pada Jun depan.

Shuib sebelum ini berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, berusia setahun lima bulan.

Iklan

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Baca juga Siti Sarah meninggal dunia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!