Tidak mahu suami orang, King Coco mengaku masih 'single'
SELEBRITI media sosial, King Coco kembali menjadi bualan ramai susulan perkongsian tentang status rumah tangganya baru-baru ini.
Wanita 23 tahun itu mendedahkan sudah berpisah dengan Azrin Anas Abdul Shukor.
Menerusi paparan Insta story, King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail positif melalui fasa selepas penceraian selain menjalani kehidupan sebagai wanita ‘single’.
Baca juga King Coco Buka Mulut Sahkan Sudah Bercerai
Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu sempat berseloroh mengatakan bahawa dia tidak mahu memilih suami orang lagi sekiranya mendirikan rumah tangga pada masa akan datang.
“Iye awak saya single, jangan risau kali ni saya tak nak suami orang hahahah.
"Eh jap tapi nak jadi bini nombor empat je. Cukuplah. Sanggup tak bermadu dengan saya?”
“Gurau je, teman lelaki pun takde!" tulisnya.
Bekas suaminya, Azrin Anas terlebih dahulu berkahwin dengan seorang wanita bernama Nor Azura dan memiliki tiga orang anak. Wanita berkenaan kemudian dipercayai bercerai dengan Azrin pada 2019.
Pekahwinan Coco dengan bekas juruterbang itu pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Kyle Mateen dan Putra Muhammad Haqeem.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: k1ngcoco_1
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang