'Dulu daddy di PJ, sekarang kakak...' -Amin Idris sebak anak sulung ikut jejak ke UIA, teruskan legasi selepas 26 tahun 

No Image Caption
A
A
A

PENGACARA terkenal Amin Idris berkongsi momen bermakna apabila anak sulungnya, Nurul Iman Qistina melangkah ke institusi pengajian tinggi.

Menerusi perkongsian di media sosial, Amin yang hadir pada hari pendaftaran Iman sempat mengimbau kenangan zaman siswazah di alma mater yang sama.

'26 tahun yang lalu, tahun 2000 saya melangkah masuk ke matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

"26 tahun kemudian, anak sendiri pula meneruskan legasi. Cuma bezanya dahulu saya di Petaling Jaya, kini 2026 di Gambang, Pahang," titipnya.

Amin, 45, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dan Sarjana Bimbingan dan Kaunseling di universiti sama menitipkan harapan serta pesan buat Iman.

"Buat anakandaku Nurul Iman Qistina, daddy doakan moga kakak sentiasa istiqamah di atas jalan kebaikan.

"Sentiasa tamakkan ilmu, mengasihi dan dikasihi, dihiasi akhlak yang indah dan sentiasa dipelihara dari sebarang malapetaka serta kejahatan," kongsi Amin.

Pengacara Assalamualaikum dan Pentas Dakwah tersebut turut berkongsi detik pilu perpisahan Iman dan adiknya, Imam Batrisya yang disaksikan linangan air mata.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Beliau sendiri tidak mampu menahan sebak dan mendoakan keakraban puteri-puterinya berkekalan selama-lamanya.

"Walaupun beza umur hampir tiga tahun, tapi sejak kecil ramai menyangka mereka kembar. Maklumlah, masa kecil baju sentiasa sama.

"Apabila remaja, baru masing-masing ada taste tersendiri dan sedikit berbeza. Salah satu kebanggaan sebagai ibu bapa ialah bila dapat jadikan anak adik- beradik rapat bagaikan sahabat karib.

"Ada masa mereka gaduh macam nak kiamat, tapi tak sampai satu hari tiba-tiba dah dengar gelak ketawa bersama.

"Semalam Iman Qistina terpaksa berjauhan dengan adiknya Imam Batrisya kerana amanah ilmu di UIAM.

"Cuti mereka tidak sama langsung, maknanya amat sukar untuk berjumpa. Sebagai ayah, saya tidak dapat menahan sebak bila dua beradik ni berpeluk dan menangis.

"Moga ikatan kasih sayang ini sentiasa erat sehingga ke hujung nyawa dan di sambung di syurga abadi. Allahumma amiin," titipnya.

Sekadar info, SinarPlus baru-baru ini berkongsi berita gembira Nurul Iman Qistina meraih keputusan cemerlang 7A 3B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2025.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang