PEMPENGARUH media sosial, Marissa Dania dan Aslam sekali lagi mengundang kontroversi apabila video mereka memperagakan pakaian tular.

Pasangan suami isteri itu sama-sama menggayakan persalinan berona hitam. Kelihatan Marissa tampil dengan aksi bersahaja membetulkan butang baju Melayu lelaki itu tanpa rasa kekok.

Dua video berdurasi 11 dan 27 saat itu viral di laman TikTok sekali gus mengundang pelbagai kecaman daripada warga maya.

Baca juga: ‘Aslam bukan boleh berpoligami, dia tak mampu…’ Abby Abadi jawab perihal menantu, warganet doakan baik-baik

Baca juga: Anak Norman-Abby lahir dalam kereta kini dah genap 15 tahun

Ramai yang tidak bersetuju apabila isteri pertama Aslam, Misya Mazlan turut menjadi wajah jenama baju raya berkenaan.

Malah, ibu kepada dua cahaya mata itu melahirkan rasa kecewa dengan teknik pemasaran yang digunakan oleh jenama berkenaan seolah-olah menangguk di air yang keruh.

“Misya faham peniaga-peniaga semua ada macam-macam cara untuk marketing.

“Cuma tidak pernah terfikir akan sampai macam ni, nak pula tentang sensitiviti sekeliling dengan situasi sekarang dan untuk semua pihak. Moga ALLAH lindungi kita.

“Kepada semua yang DM, maaf Misya tidak dapat responds semua. Terlalu banyak dan kata-kata anda semua buat Misya lebih semangat.

“Kecewa itu fitrah, datang dan pergi itu pilihan. Tapi segala yang ALLAH aturkan pasti ada kebahagiaan untuk ciptaan-NYA,” titip Misya.

Sementara itu, Nadiah Mazlan mendakwa adiknya itu langsung tidak tahu yang Aslam dan Marissa turut terlibat dalam sesi fotografi tersebut.

Katanya, Misya cuma dimaklumkan sejurus tiba di lokasi penggambaran.

Tidak hanya itu, Nadiah mendakwa pihak label pakaian berkenaan tidak membenarkan sebarang hantaran dimuat naik di media sosial yang melibatkan Misya dan Marissa.

“Untuk pengetahuan, Misya memang tidak tahu langsung waktu penggambaran tersebut perempuan (Marissa) ini ada juga untuk shooting produk yang sama.

Iklan

“Apabila sudah sampai ke tempat casting baru tahu dan pada masa itu juga telah diberitahu untuk tidak memuat naik sebarang hantaran yang melibatkan mereka berdua (Misya dan Marissa),” kongsinya di Insta Story.

Nadiah menegaskan beliau sebagai kakak perlu melindungi Misya yang teraniaya dengan tindakan pihak jenama terbabit.

“Saya komen ini sebab saya perlu pertahankan adik saya. Jangan jadikan bahan ini sebagai marketing kalian. Tolong jadi manusia yang punya ihsan terhadap manusia lain,” kongsinya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa pihak jenama terbabit untuk bertaubat dan memohon maaf kepada adiknya kerana telah melukakan hati yang sudah sememangnya sakit.

Sebelum ini, dakwaan Marissa berkahwin dengan Aslam terdahulu didedahkan oleh Nadiah menerusi hantaran di Instastory.

Iklan

Difahamkan, pernikahan di Songkhla, Thailand itu berlangsung tanpa pengetahuan Misya mahupun keluarga.

Sumber: Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!