Tiger Stripes cipta sejarah di Festival Filem Cannes
FILEMTiger Stripes, mencipta sejarah manis apabila menjadi filem arahan anak Malaysia pertama merangkul anugerah utama pada Minggu Kritik Festival Filem Cannes.
Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan pengarahnya, Amanda Nell Eu membawa pulang hadiah wang tunai EURO10,000 (RM49,400) daripada festival edisi ke-62 itu.
Tiger Stripes yang dibintangi Zafreen Zairizal, Deena Ezral, Shaheizy Sam dan Fatimah Abu Bakar itu mengisahkan tentang seorang remaja perempuan berusia 12 tahun yang mengalami tekanan disebabkan perubahan drastik sewaktu mencapai usia akil baligh.
Naskhah terbitan Ghost Grrrl Pictures itu juga dicalonkan untuk anugerah kategori Filem Pertama Terbaik, namun masih belum diumumkan.
Sebelum ini, tiga filem arahan anak tempatan pernah dipilih untuk Festival Cannes iaitu Kaki Bakar arahan U-Wei Saari (1995), Karaoke oleh Chris Chong Chan Fui (2009) dan The Tiger Factory daripada Woo Ming Jin (2010).
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang