Timang anak kedua, Niena Baharun selamat lahirkan bayi perempuan

Niena Baharun - SinarPlus
Niena Baharun - SinarPlus
A
A
A

PELAKON Datin Niena Baharun selamat melahirkan cahaya mata keduanya yang juga merupakan seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada Sabtu.

Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun, 27, berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya bersama muat naik foto pertamanya dengan permata hatinya itu.

Menariknya, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz itu berkata, tarikh kelahiran anak keduanya itu jatuh pada tarikh yang sama dengan cahaya mata sulungnya iaitu pada 24 Oktober, selain disambut doktor yang sama.

“Syukur Alhamdulillah! Allah Maha Pengatur. Pada tarikh yang sama, tempat yang sama dan doktor yang sama.

“Our little girl is born, 24.10.2020,” ujarnya.

Dalam perkongsian sama, Niena turut meluahkan arsa syukur dan mengucapkan terima kasih di atas ucapan serta doa yang dikirimkan buat dirinya dan keluarga.

Niena mendirikan rumah tangga dengan Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi pada 1 Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Adiel Mikael yang kini berusia dua tahun.

 

(FOTO: Instagram Niena Baharun)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca