PELAKON Zaki Azeman kini bergelar bapa apabila isterinya, Siti Nur Shahira Ahmad selamat melahirkan cahaya mata sulung yang juga merupakan bayi lelaki dua hari lalu.

Berita tersebut dikongsi Zaki dan isteri di akaun Instagram masing-masing. Pasangan itu turut menzahirkan ucap terima kasih buat kepada peminat dan rakan-rakan yang mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

“Alhamdulillah syukur untuk segalanya. Baby boy 3.73kg. Normal, besar betul ya. Maka dengan ini bermulalah journey baru as mom and dad.

“Terima kasih juga semua yang mendoakan untuk kami. Tak henti-henti dapat notifications daripada korang,” ujarnya.

Tidak menunggu lama, pelakon drama Isteri Bukan Untuk Disewa itu juga turut berkongsi nama yang dipilih untuk permata hati mereka itu dalam satu hantaran berasingan.

“Assalamualaikum Rizqy El Zafran. Anak daddy ada lesung pipit macam daddy,” ujarnya.

Iklan

Perkongsian itu turut mendapat perhatian para peminat dan rakan-rakan artis yang menyambut berita gembira tersebut dengan ucapan tahniah dan doa buat Zaki dan isteri.

Zaki mengahwini Nur Shahira yang juga merupakan adik kepada pelakon dan bekas penyampai radio Era, Jaa Suzuran pada 29 Mei tahun lalu.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi