Timang anak perempuan, Lee Seung-gi, Lee Da-in teruja kehadiran orang baharu

SETAHUN melayari bahtera rumah tangga, pasangan selebriti popular Korea Selatan, Lee Seung-gi dan Lee Da-in selamat menimang cahaya mata sulung mereka.
Perkara itu dimaklumkan agensi Human Made termasuk jantina bayi pasangan berkenaan.
"Kami menerima perkhabaran gembira, pasangan itu menyambut kelahiran bayi perempuan baru-baru ini.
"Kedua-dua ibu dan bayinya sihat. Seung-gi sangat bersyukur dan teruja dengan kehadiran orang baharu," katanya.
Pada masa sama, pelakon drama Vagabond itu turut berterima kasih kepada peminat kerana menghormati dan memberi sokongan sepanjang karier serta perkahwinan mereka.
"Beliau kini lebih berhati-hati dengan jadual kerjayanya berikutan ingin menumpukan perhatian kepada keluarga kecil.
"Malah, Seung-gi bersyukur kepada pengurusan syarikat filem dan drama kerana memahami. Terima kasih juga kepada peminat yang sentiasa menunjukan sokongan tanpa henti," ujarnya.
Untuk rekod, Seung-gi, 37, dan Da-in, 31, mendedahkan hubungan mereka pada Mei 2021.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 7 April 2023, dan Da-in mengumumkan kehamilannya pada November.
Meskipun menghadapi tuduhan tidak berasas dan menimbulkan kontroversi selepas berkahwin, Seung-gi tetap tenang dan bahagia bersama isterinya.
Sumber : The Star & Soomoi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
