KOMEN jelik yang dilemparkan kepada penyanyi, pelakon dan usahawan Tya Arifin membabitkan jamu Mutyara yang diusahakan baru-baru ini, mendapat maklum balas negatif dalam kalangan warganet.

Kebanyakan mereka tidak bersetuju dengan komen yang ditulis selain menyifatkan ia tindakan yang sengaja untuk menjatuhkan maruah dan mencemarkan imej baik perniagaan dibina Tya.

Bukan sahaja dalam kalangan warganet dan pengguna setia jamu Mutyara, pelakon Anna  yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus turut menyanggah komen yang disifatkan sengaja mahu menutup periuk nasi orang.

Anna, 22, atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata, dia antara pengguna yang sudah merasai sendiri jamu itu.

“Baru-baru ini saya baca artikel yang cakap jamu Mutyara ini pahit. Tapi, sebenarnya yang cakap macam itu tak pernah cuba. Sebenarnya saya dah cuba dan tak pahit langsung. Tapi tak tahu kenapa orang cakap macam itu sebab rasanya manis.

“Rasa manisnya bukanlah manis buatan, tapi manis daripada bahannya seperti kurma, madu, delima dan habatus sauda. Rasanya sangat bagus dan tak pahit langsung. Sebelum nak komen, cuba dulu. Tak baik tutup periuk nasi orang,” katanya dalam hantaran video dimuat naik di Instagram.

Dalam masa sama, Anna menasihati pengguna laman sosial agar lebih berhati-hati sebelum menulis komen meeka.

“Sebelum nak ‘judge’ atau nak hentam barang orang cuba dulu dan baru komen. Saya harap Kak Tya kuat dan buang semua perkara negatif daripada fikiran,” katanya.

Hantaran dimuat naik Anna itu turut mendapat respons daripada Tya yang juga isteri kepada usahawan, Asyraf Khalid.

“Terima kasih Anna sayang,” katanya.

Iklan

Rentetan isu itu juga, Tya mengambil keputusan untuk memberikan 10,000 pek percuma untuk Trial Mutyara. Sesiapa yang ingin mencuba boleh tebus menerusi laman web www.mutyara.com

Perkongsian video Anna itu sudah mencecah lebih 386,000 tontonan, lebih 51,000 tanda suka dan lebih 500 komen.

100 wanita tercantik

Sementara itu, Anna tersenarai sebagai 100 Wajah Tercantik 2022 (100 Most Beautiful Faces of 2022) oleh TC Candler sekali gus menjadi calon tunggal dari Malaysia untuk kempen tahunan tersebut.

Iklan

Selain Anna, turut tersenarai adalah anggota Blackpink iaitu Jisoo dari Korea Selatan, Ylona Garcia (Filipina), Camilla Belle (Amerika Syarikat), Kiko Chan (Vietnam) dan Momona Ramada (Jepun).

Tahun lalu, salah seorang anggota Dolla iaitu Tabby menjadi satu-satunya artis wanita tempatan tersenarai dalam kategori tersebut.

Senarai tahunan 100 Wajah Tercantik itu dimulakan TC Candler sejak 1990 bersama The Independent Critics. Penganjurannya diiktiraf antara yang paling berprestij dan diperakui di seluruh dunia.