Uji bakat FFA ditangguhkan ke 5 Februari depan
SESI uji bakat program realiti terbaharu TV3, Fit For Action (FFA) yang sepatutnya berlangsung pada 29 dan 30 Januari telah ditangguhkan keoada 5 dan 6 Februari depan.
TV3 dalam satu kenyataan memaklumkan penangguhan uji bakat terbuka Fit For Action terpaksa dilakukan atas perkara yang tidak dapat dielakkan.
Berikut adalah butiran baharu bagi uji bakat terbuka fit for action :
Tarikh : 5 - 6 Februari 2022
Tempat : Sri Pentas, Bandar Utama
Masa : 9 Pagi - 5 Petang
Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia, lelaki dan perempuan yang berusia dari 18 hingga 35 tahun.
Hadir dengan pakaian bersukan lengkap dan pastikan anda membawa gambar berukuran saiz pasport. Sila sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan keputusan ujian saringan (RTK) Covid-19 berdaftar di aplikasi My Sejahtera lima hari sebelum hadir ke sesi uji bakat.
FFA bakal memaparkan 6 peserta lelaki dan 6 peserta perempuan untuk menempuhi 32 cabaran fizikal dan 8 cabaran lakonan untuk menentukan seorang pemenang peserta lelaki dan seorang pemenang peserta perempuan.
Mereka akan berpeluang untuk menyandang watak dalam sebuah drama yang bakal disiarkan di saluran TV Media Prima.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang