Usia genap setahun, Ayda Jebat kongsi momen indah anak curi perhatian ramai

USIA genap setahun, penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat tampil berkongsi momen terindah bersama anaknya, Ana Nayla.

Anak perempuan pasangan selebriti itu pernah menjadi perhatian ramai sebelum ini mempunyai mata cantik yang kelihatan seakan-akan kelabu coklat.

Sempena ulang tahun kelahiran yang pertama Ana Nayla, Ayda Jebat atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat, memuat naik sebuah video di akaun Instagram miliknya.

Penyanyi lagu Pencuri Hati itu turut menitipkan doa agar puteri sulungnya itu membesar dengan baik dan menjadi anak yang bijak.

Iklan
Iklan

“You thought us a lot. Stay cute and behave! Jadi anak yang bijak, dan orang yang berguna insyaallah. Love you boss baby @ananaylaofficial muka garang,” coretnya.

Selain itu, isteri kepada pengacara Nabil Mahir itu tidak ketinggalan berkongsikan perkembangan anaknya sebelum memasuki setahun.

Baca juga Menghitung hari bergelar raja sehari, Adam Lee akui penat

Ayda Jebat juga berharap agar anaknya itu sentiasa sihat dan dijauhi penyakit.

“Pernah jatuh katil dua kali, kena Covid-19 sekali, jangan yang teruk lagi baby.. huhu! Baby korang macam mana dalam masa 1 tahun?” tulisnya.

Perkongsiannya itu mencuri perhatian ramai, warganet rata-ratanya mendoakan yang terbaik buat si kecil comel itu.

Ujar mereka;

“Lahir-lahir je baru nampak mata yang cantik tu dah tau dia paling kiuttt, kalah mommy.”

“Comelnya pipi ngan mata tu, geram tengok ulang-ulang. Happy Birthday to you.”

“Happy 1 year old baby.. Semoga yang baik-baik sahaja buat baby ananayla.”

Baca juga Fazura terharu terima potret kurniaan Sultan, Permaisuri Selangor. -“Amat bernilai buat patik sekeluarga”

“Semoga menjadi anak solehah dunia akhirat buat mak ayah ya.”

“Semoga membesar dengan sihat, sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT dan sentiasa menjadi anak yang mendengar kata dan solehah.”

Ayda Jebat dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 selepas mengikat tali pertunangan pada 28 April 2020. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September tahun lalu.

Sumber: @aydajebat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

16 mins ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

4 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

5 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

5 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

8 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

10 hours ago