DALAM pada rakyat Malaysia masih bergelut dengan kehidupan yang sukar dalam situasi Covid-19 yang kini memasuki fasa endemik, namun masih ada yang bermurah hati demi melihat pembangunan sebuah masjid.

Menurut pendakwah dan penyanyi nasyid, Ustaz Elyas Ismail yang juga duta Masjid Baiturrahman Alam Sari, Kajang, beliau tersentuh melihat kemurahan hati rakyat Malaysia yang tidak lokek untuk memberi sumbangan.

“Masjid Baiturrahman Alam Sari dibina di tapak seluas 3.51 ekar dan dijangka dapat menampung sebanyak 4,000 jemaah dalam satu masa masa.

“Apa yang menarik, dalam tempoh kita diuji denganCovid-19, hingga ramai terkesan tapi Alhamdulillah penyumbang kepada pembangunan masjid ini tak pernah lokek dan tak pernah berhenti menyumbang.

“Ada sumbang wang ringgit,  ada bagi barang kemas dan macam-macam lagi  demi melihat pembangunan masjid ini siap.

“Difahamkan dana terkumpul hampir mencecah RM15 juta dan pihak masjid masih memerlukan dana dalam RM10 juta untuk melengkapkan proses pembinaan.

“Jika dana atau peruntukan susah mencukupi, kita akan isytiharkan. Pihak masjid tidak akan terima dan ambil lebih daripada peruntukan kos diperlukan,” katanya.

Iklan

Ustaz Elyas juga menyifatkan lokasi masjid itu sangat strategik dan berharap ia akan menjadi manfaat kepada penduduk sekitar.

“Selama ini, tak silap saya surau yang ada di kawasan itu tak banyak. Sangat terhad. Tentunya keberadaaan masjid yang dibina itu akan memberi keselesaan sekali gus menampung keperluan penduduk yang ada

Iklan

“Masjid ini akan menyediakan pelbagai kemudahan lengkap untuk jemaah dan masyarakat setempat seperti dewan pelbagai guna, kuarters imam dan bilal, bilik tetamu, bilik mesyuarat, kios perniagaan, ruang riadah seperti gimnasium, bilik-bilik kuliah dan ruang kanak-kanak,” ujarnya yang berharap lebih ramai lagi orang ramai yang akan menderma.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan info lanjut, boleh layari www.baiturrahman.my