Versi tersendiri Ghostbuster: Afterlife

A
A
A

SELEPAS tayangan asalnya tertangguh disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia, filem komedi fantasi kegemaran ramai, Ghostbusters, kini tampil dengan sekuel terbaharu menggunakan judul Ghostbuster: Afterlife.

Filem yang menceritakan tentang sekumpulan pemburu hantu itu kembali menggegar pawagam, sekali gus mengajak penonton menggamit nolstagia lalu, terutama kepada mereka yang membesar pada era kegemilangan filem popular itu.

Ghostbuster: Afterlife mengisahkan seorang ibu tunggal, Callie yang membawa anak-anaknya iaitu Trevor dan Phoebe berpindah ke sebuah ladang terpencil di Summerville, Oklahoma.

Ladang tersebut merupakan milik bapa Callie, yang juga bekas anggota Ghostbusters terkenal pada tahun 1984 yang berjuang habis-habisan memburu hantu ketika hayatnya masih ada.

Tanpa disengajakan, kebijaksanaan Phoebe dan Trevor akhirnya merungkai misteri yang tidak sempat diselesaikan oleh datuk mereka dengan menggunakan segala petunjuk yang ada di rumah dan ladang tersebut itu.

Filem arahan Jason Reitman yang bakal menemui penonton Malaysia mulai 2 Disember ini ternyata berjaya memberi versi baharu kepada sekuel filem ini tanpa mengurangkan nilai karya asalnya.

Kumpulan pemburu hantu kali ini terdiri daripada karakter kanak-kanak dan remaja yang berjaya memberi persepsi berbeza, selain menghiburkan penonton di layar dengan cara mereka sendiri.

Ternyata banyak kejutan yang ditampilkan Jason di sebalik elemen-elemen nostalgia yang masih dikekalkan terutama kenderaan dan kelengkapan menghalau hantu yang sememangnya cukup sinonim dengan filem terdahulu.

Tidak ketinggalan babak yang menyaksikan penampilan istimewa pelakon yang pernah membawakan watak anggota Ghostbusters yang pastinya mencuit hati penonton.

Boleh dikatakan ia seperti gabungan momen Ghostbusters klasik disatukan dengan elemen baharu yang segar dan unik untuk dinikmati generasi era ini.

Jason selaku pengarah bijak menggunakan segala kreaviti yang ada pada dirinya dan memberi perhatian dengan baik kepada semua aspek filem ini yang turut pernah menjadi kebanggaan bapanya, Ivan Reitman sebagai pengarah filem sebelumnya.

Secara keseluruhannya Ghostbusters: Afterlife merupakan sebuah filem hebat yang mempunyai elemen tarikan tersendiri. Sebuah nashkah yang berjaya membina kerpercayaan baharu penonton tanpa mengetepikan versi asalnya.

Baik untuk pengikut setia mahupun penonton baharu, filem ini merupakan naskhah  berbaloi untuk tontonan seisi keluarga.

Ghostbuster: Afterlife

Pengarah: Jason Reitman

Pelakon: Carrie Coon, Finn Wolfhard, Mckenna Grace, Annie Potts, Paul Rudd

Bahasa: Inggeris

Klasifikasi: U

Genre: Komedi/fantasi

Tarikh Tayangan: 2 Disember 2021

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca