'Umpama kisah dongeng jadi realiti' – Foto Bella Astillah & Syed Saddiq bikin ramai terpesona!
SELEBRITI Bella Astillah dan tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini sekali lagi menarik perhatian selepas berkongsi foto yang disifatkan ramai sebagai ala-ala pra perkahwinan.
Hantaran di Instagram memaparkan Bella memakai sepersalinan putih dalam sesi fotografi berkenaan dengan kapsyen, 'love story from KL to London' (kisah cinta dari Kuala Lumpur ke London), yang difahamkan dilakukan bersama jenama butik pakaian terkenal.
"Setiap gadis berhak menikmati detik indah umpama kisah dongeng.
"Saya benar-benar terpikat dengan 'Fleurie' ini. Ia sangat beralun, cantik dan sejujurnya menyerlahkan aura seorang puteri," kata hantaran berkenaan.

Ruangan komen Instagram pasangan itu dihujani pelbagai komen warga mata yang rata-rata mendoakan persiapan perkahwinan Bella dan Ahli Parlimen Muar itu berjalan lancar.
"Satu-satunya kisah dongeng yang aku percaya sebab betul-betul jadi kenyataan. Tahniah buat kisah cinta kegemaranku!"
"Aaaa menangisss kami. Manisnya, kami gembira sangat untuk kalian berdua!"
"Macam sudah makin dekat dengan tarikhnya ni!"
"Cantiknya alahaiiii… terpesona betul tengok awak. Cantik sangat-sangat! "
Sekadar info, pasangan berkenaan terdahulu melangsungkan pertunangan pada 28 Mac lalu.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

