NAMA bekas isteri pelawak Shuk Sahar kembali menjadi bualan ramai selepas timbul dakwaan wanita itu menjadi orang ketiga apabila menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Menerusi hantaran di Instagram jannalis4_, seorang wanita berkongsi luahan dan mendakwa sudah bersemuka dengan pempengaruh berusia 31 tahun itu.

Ujarnya, beliau sudah banyak kali memberikan peluang namun ia dipersia-siakan.

Baca juga: ‘Saham suami orang tinggi, ujian seorang wanita adalah lelaki’ – Ustaz Wan Akashah

Baca juga: Saham janda melambung tinggi dan sering menjadi pilihan jejaka bujang? Ini pandangan pakar motivasi

Baca juga: #SiBibirMerah: Setia lelaki teruji bila miliki segala. Orang ketiga jangan bina bahagia atas derita wanita lain

Let me tell you guys something, Rossa Sera sedang bercinta dengan suami orang. Sudah banyak kali peluang diberikan supaya berhenti mengganggu lelaki tersebut tetapi beliau masih melayan.

“Dengan alasan lelaki tersebut yang mencari…memang betul, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi,” titipnya di Insta Story.

Katanya lagi, ibu kepada dua anak itu dipercayai sudah berjanji akan berhenti mengganggu namun hal tersebut masih berterusan.

“2 Februari 2024, isteri yang sah mengajak Rossa Sera untuk berjumpa. Setelah dipaksa, beliau memberi jaminan untuk tidak lagi mengganggu lelaki itu.

“Namun, ternyata semua tipu semata, mereka masih lagi berhubung di belakang isteri sah,” titipnya.

Baca juga: Mahu berkongsi kasih dengan suami orang? Ikut peraturan, jangan menyondol sesuka hati!

Baca juga: ‘Suami orang’ kini lebih laris, Che Ta nasihat wanita tak perlu tayang muka pasangan

Baca juga: Elak melayan & mudah simpati suami orang! Ini pesanan padu wanita buat wanita

Iklan

Individu berkenaan juga mendakwa akhirnya lelaki berkenaan memilih Rossa Sera berbanding isteri yang sah di hadapan anak-anak mereka.

Tidak pasti sejauh mana kesahihan. Harap Rossa tampil menjelaskan perkara sebenar kerana bimbang perkara tersebut hanya fitnah untuk menjatuhkan dirinya.

Menjengah ke ruangan komen Instagram, warga maya menggesa pempengaruh itu tampil memberikan penjelasan susulan dakwaan yang tular.

Iklan

Terdahulu, Rossa Sera bercerai dengan pelawak dan pengacara Shuk Sahar pada Mac 2023. Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac.

Untuk rekod, Shuk dan Rossa Sera berkahwin pada 2015 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7 dan Nur Assyifatu Aimi, 4.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!