Yuna, Hael Husaini dan Altimet bakal meriahkan konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends

Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends
Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends
A
A
A

ANIMASI popular dan juga pemenang Program Pra-sekolahTerbaik di Asian Television Awards ke-24, Didi & Friends yang dikenali dengan cerita dan lagu-lagu hiburan serta pengajaran untuk kanak-kanak kini muncul dalam Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends.

Ini menjadikan ia sebagai filem animasi pertama tempatan yang akan menemui para penonton di kaca televisyen pada tahun 2021 di saluran Astro First.

Selepas kejayaan konsert terdahulu, Konsert Hora Horey Didi & Friends (2018) dan Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends (2019), Astro dan Digital Durian kembali mempersembahkan konsert terbaharu yang lebih meriah.

Kali ini, siri konsert tersebut akan dibawa terus ke Pawagam Rumah Anda di Astro First (saluran 480) dan dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi-penyanyi popular tanah air yang terdiri dariapda Yuna, Hael Husaini dan Altimet.

Yuna akan menyanyikan lagu Bunga Matahari, Altimet pula tampil dengan lagu Bingo 2020 dan Hael Husaini pula menerusi lagu Rindu Serindunya.

Watak-watak utamanya, Didi, Nana dan Jojo juga akan tampil berbeza khas untuk konsert ini. Karakter Pak Atan, Tatak dan Bingo turut meriahkan Konsert Hora Horey Wayang, selain karakter nakal yang menampilkan Boon, Roon dan Mummy.

Tidak ketinggalan karakter Omar & Hana pula akan muncul dengan lagu Ninja, manakala Kak Hani bersama Abang Paan sebagai pengacara konsert itu nanti.

Penonton juga bakal menyaksikan kali pertama siri konsert ini dipadatkan dengan jalan cerita serta plot yang penuh drama, di mana penonton bukan sahaja dapat berhibur dengan lagu-lagu tetapi dapat berseronok dengan telatah setiap karakter.

Konsert berdurasi 90 minit itu akan menampilkan 33 buah lagu yang terdiri daripada tujuh lagu baharu dan tujuh lagu lama yang digubah semula, selain 19 lagu daripada siri Didi & Friends.

Antaranya ialah Rasa Sayang, Kalau Rasa Gembira, Mengantuknya Mumia, Bunyi Anak Haiwan dan Rawr Rawr Raksasa.

Lebih istimewa konsert itu akan dipersembahkan dalam dua bahasa iaitu versi bahasa Melayu yang ditayangkan bermula 25 Februari ini, manakala versi bahasa Inggeris akan bermula pada 25 Mac depan.

 

(FOTO: Astro Shaw)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca