Zahirah MacWilson selamat bersalin, lesung pipit anak tarik perhatian

Untitled design (39)
Untitled design (39)
A
A
A

PELAKON Zahirah MacWilson telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya yang juga bayi lelaki pada 5 Januari lalu di sebuah hospital di Perth, Australia.

Menurut Zahirah, anaknya itu dilahirkan pada jam 2.26 petang dan ia adalah hadiah paling bermakna yang pernah diperoleh.

“Alhamdulillah pada 5 Januari 2021, anak lelaki pertama kami selamat dilahirkan pada jam 2.26 petang.

“Kami rasa sangat terharu dengan semua pengalaman yang dilalui dari bilik bersalin sehinggalah menjadi ibu dan bapa baru.

“Pengalaman ini rahmat terbesar dan kami sangat gembira kerana dapat merasai setiap saat yang istimewa itu. Syukur Alhamdullilah,” tulisnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Zahirah turut berkongsi sebahagian wajah bayi lelakinya dan kelihatan dua lesung pipit yang menarik perhatian ramai.

Bintang utama Bulan dan Pria Terhebat itu mendirikan rumah tangga dengan aktor, Aiman Hakim Ridza  pada 20 Februari 2020.

Pasangan ini memilih untuk pulang ke Perth, Australia sejak Oktober lalu bagi membuat persediaan menyambut kelahiran anak pertama mereka bersama keluarga Zahirah di sana.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca