PELAKON dan usahawan, Zoey Rahman meluahkan rasa syukur apabila terpilih sebagai penerima Anugerah Usahawan Selebriti Lelaki (Male Celebrity Entrepreneur Award) pada Seba Awards – Unity 2023.

Majlis anjuran Yayasan Usahawan Malaysia yang berlangsung di Setia Spice Convention Centre, Pulau Pinang pada 17 Mac lalu itu merupakan acara yang memberi penghargaan kepada usahawan-usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana Malaysia serta meliputi Asia Tenggara.

Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar, 38, merupakan CEO Mikaseries Sdn Bhd dan menjadi salah seorang daripada sembilan penerima anugerah utama dalam kategori Board Of Advisor Awards.

“Alhamdulilah saya sangat bersyukur atas penghargaan ini. Terima kasih kepada Yayasan Usahawan Malaysia dan tidak lupa juga kepada semua kakitangan Mikaseries Sdn Bhd serta penyokong produk Mikaseries,” katanya.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Kurta Klasik

Dalam perkembangan lain, pelakon drama Madam E-Wallet itu turut memaklumkan bakal sibuk sepanjang Ramadan apabila tampil berkolaborasi bersama pereka fesyen, Farel Mikhail untuk jualan baju kurta lelaki yang akan dilancarkan pada 22 Mac di platform e-dagang.

“Setiap kali tibanya Ramadan, saya selaku salebriti yang juga usahawan akan mengambil peluang ini untuk meluaskan cabang perniagaan saya.

Iklan

“Tahun ini saya dan Farel bergabung untuk menghasilkan Kurta Klasik yang selesa dan sesuai dipakai sepanjang Syawal, selain boleh digayakan ke mana-mana acara. Kurta Klasik ini diperbuat daripada kain kapas yang selesa dan mudah digosok.

“Saya juga akan turun menyertai Celebfest yang akan berlangsung di Singapura, selain Absolut Baazar X Gaya Raya dan Starvendor yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Ramadan ini,” katanya.

Iklan
Zoey berharap anugerah yang diterima itu akan menjadi motivasi terbaik untuk dirinya lebih berjaya pada masa akan datang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.