4 makanan viral harga kayangan, terbaru roti canai Langkawi RM4 sekeping
NAMPAKNYA sejak pembukaan sempadan negeri yang menyumbang kepada kerancakan semula industri pelancongan, pelbagai berita berkaitan kenaikan harga makanan menjadi perhatian ramai.
Tidak dinafikan kenaikan harga bahan mentah sejak kebelakangan ini turut mempengaruhi. Bagaimanapun harga yang ditawarkan agak tinggi dan tidak masuk akal.
Baca juga: Patut Cecah Ribuan Ringgit! Ikan Siakap Hiasan Pelihara Dalam Sangkar Dijadikan Juadah
Berikut adalah antara empat sajian makanan yang mendapat perhatian ramai dan tular ialah;
1- Ikan siakap seberat lebih 7 kilogram yang siap dimasak dijual dengan harga RM1,196 seekor. Kes berkenaan berlaku di sebuah restoran terapung di Langkawi dan tular 5 November lalu.
2- Sotong Apollo yang dijual RM100 untuk dua ekor di sebuah restoran nasi kandar di Pulau Pinang.
3- Sajian sayur Kailan Ikan Masin di sebuah restoran di Pulau Pinang dijual dengan harga RM18.00. Kuantiti sayur itu sedikit tidak setara dengan caj harga yang dikenakan.
4- Orang ramai baru sahaja ‘move on’ dengan hidangan ikan siakap kayangan berharga lebih RM1,000 seekor, Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) dedah menerima aduan roti canai dijual RM4 sekeping di Langkawi.
Perihal roti canai adalah yang terbaru. Setiausaha CAKE, Mohd Yusrizal Yusoff, roti canai berkenaan dikatakan dijual kedai roti canai itu hanya dijual di tepi jalan.
Susulan itu, Mohd Yusrizal meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah melakukan pemeriksaan di setiap gerai atau premis kedai makan yang didapati menaikkan harga yang tinggi.
Selain itu, peniaga kedai makan juga perlu meletakkan tanda harga untuk setiap makanan bagi membolehkan pengguna membuat pilihan sebelum membuat pesanan.
Malah peniaga juga diharapkan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga ketika ini bagi mengelakkan pengguna terbeban.
Nasihatnya, apabila korang sebagai pelanggan mendapati peniaga mengenakan harga yang tidak munasabah dan terlalu mahal, korang perlu menyimpan resit dan membuat aduan bagi membolehkan siasatan dilakukan pihak berkuasa.
Jadilah pengguna yang bijak, laporkan harga barangan yang tidak munasabah atau tidak jelas kepada portal aduan KPDNHEP di https://e-aduan.kpdnhep.gov.my/
Baca juga: Siakap ‘Kayangan’ RM1,196, Peniaga Mungkin Didenda RM50,000, Berikut 10 Fakta Mengenainya
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang