Tawaran jualan rumah serendah $1 dollar, trend berhijrah ke Itali jadi fenomena di negara Uncle Sam. Ini rupanya sebab…
PERCAYA atau tidak, kebanyakan rumah kosong yang terdapat di Pulau Sardinia, Itali dijual hanya $1 dollar (RM4.45) jer!
Mesti ramai waswas takut kena scam, kan?
Mana tidaknya, ramai persoalkan bagaimana kediaman yang terletak di kawasan kampung yang dinamakan Ollolai yang kaya dengan panorama pergunungan cantik itu dijual terlalu murah?
Lapor Forbes, tawaran itu solid dan bukannya cakap-cakap kosong untuk warganegara asing khususnya Amerika Syarikat (AS) yang berhasrat untuk berhijrah ke sana.
Tular satu post di laman web rasmi kampung tersebut yang ditujukan khas buat pengundi Uncle Sam yang mahu memulakan gaya hidup baharu di Kepulauan Sardinia.
Lagi lucu, kempen jualan itu dibuat gara-gara pilihanraya presiden AS 2024 yang dimenangi Calon Republikan, Donald Trump sehingga mencetuskan rasa kurang senang rakyat negara itu.
“Adakah anda sudah letih dengan politik global? Nak cuba gaya hidup baharu sambil mencari peluang baharu? Masa untuk bina European escape anda di syurga indah Sardinia.”
Jika memetik kenyataan Datuk Bandar Ollolai, Francesco Columbu berkata, pihaknya menawarkan sambutan mesra Itali buat mereka yang sudah muak dengan keadaan negara asal.
“Kami memang nak dan akan fokus lebih kepada orang Amerika jika dibandingkan dengan negara lain kerana yakin mereka akan bantu menghidupkan semula kampung ini,” katanya.
Harga murah
Sebenarnya kalau diikutkan sejarah Ollolai, kempen jualan itu sudah berterusan sekian lama bagi membantu meningkatkan populasi kepulauan yang dikatakan semakin membimbangkan.
Pada tahun 2022, pulau Sardinia pada awalnya menawarkan harga sekitar $15,000 (RM67,016) untuk menarik lebih ramai penghijrah baharu supaya berpindah ke sana.
Boleh dikatakan anak muda kepulauan itu mengambil keputusan untuk pindah ke bandar sehingga menyebabkan banyak kampung semakin sunyi dan kosong.
Apa yang menarik perhatian, terdapat tiga tawaran buat mereka yang berminat iaitu rumah berharga $1 yang merupakan rumah lama dan memerlukan kerja baik pulih yang dianggarkan bermula RM93,823.
Pilihan kedua pula rumah siap yang sedia untuk berpindah dengan nilai $105,000 (RM469,097), manakala opsyen ketiga ialah penginapan sementara percuma.
Bagi mereka yang memilih tawaran ketiga, pemohon terpilih perlu memberikan sumbangan kepada komuniti sama ada mencipta seni, kemahiran atau projek pembangunan lain.
#muzik #perkembanganminda #sikecil
Sementara itu, Tuscany pula menawarkan $32,000 (RM142,958) untuk orang luar berpindah ke beberapa kampung paling menarik di sana, termasuk pemberian rumah percuma.
Ini kerana, menurut kajian yang dilakukan Kementerian Alam Sekitar Itali pada tahun 2016, hampir 2,600 kampung di negara itu semakin kekurangan penduduk dan mungkin tidak akan bertahan dalam tempoh 25 tahun akan datang.
Wah! Ada yang sanggup ker nak pindah ke sana? Mungkin okey bagi mereka yang mahukan cabaran baharu dan memulakan kehidupan di negara asing.
Bukan apa, sudah ramai rakyat kita yang berhijrah ke negara luar untuk mencari pengalaman hidup, gaji yang lebih besar dan peluang kerjaya yang lebih meluas.
Tawaran rumah murah itu memang menarik tapi kena fikir pro dan kontra ya?
Setiap pilihan datang dengan baik buruknya tersendiri. Apapun, Malaysia tetap di hati.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang