BEKAS Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkongsi kegembiraan menyaksikan anaknya, Muhammad Khalis menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Bapa kepada enam cahaya mata itu berkongsi pencapaian membanggakan anak lelakinya di laman sosial X baru-baru ini.

“Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia Ke-67 untuk Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal berlangsung dengan penuh istiadat dan tertib.

“Alhamdulilah dan tahniah kepada semua graduan atas kejayaan menerima sarjana muda kejuruteraan mekanikal khususnya Muhammad Khalis.

“Semoga terus cemerlang dan terbilang dalam alam pekerjaan, berbakti kepada negara, bangsa dan agama serta diberkati di dunia dan akhirat. Insya-ALLAH,” ciapnya.

Baca juga: 6 bulan bersara wajib, warganet teruja Dr Noor Hisham kembali berkhidmat

Baca juga: Wira harungi pandemik bersara, 35 tahun menabur bakti, jasa Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah terus dikenang

Baca juga: Hanya satu permintaan DG Hisham sempena hari lahirnya

Warga maya turut mengucapkan tahniah atas pencapaian yang diraih.

– “Tahniah Tan Sri Dr Noor Hisham, moga anak Tan Sri terus cemerlang.”

– “Congratulations Muhammad Khalis on your successful achievement for Bachelor of Mechanical Engineering. May you be blessed with a bright future, all the best! “

Iklan

– “Inspirasi! Tahniah anakanda dan ibu ayahnya. Semoga barakah kejayaan ini membawa manfaat kepada masyarakat.”

– Tahniah buat Tan Sri, Puan Sri dan anakanda.”

Tan Sri Dr Noor Hisham berkahwin dengan Puan Sri Nik Suwaida Nik Mohyideen dan dikurniakan dua putera dan dan empat puteri.

Dr Noor Hisham bersama dua anak lelakinya, iaitu Muhammad Khair dan Muhammad Khalis

Anugerah Dekan UTM diberikan kepada mahasiswa yang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.50 dan keatas bagi kemasukan tahun 2015 dan sebelumnya.

Manakala bagi kemasukan pada tahun 2016 dan selepasnya ialah PNGK 3.67 dan ke atas. Bukan calang-calang untuk mendapatkannya!

Iklan

Mahasiswa yang menerima anugerah ini akan menerima sijil dan medal serta dikehendaki memakai medal tersebut semasa menghadiri majlis konvokesyen.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!