"Apa pun letak Islam punya undang-undang dulu" Ustaz Don Jawab Isu 'Speed Dating'

A
A
A

SEMUA makhluk Allah SWT diciptakan berpasang-pasangan supaya saling melengkapi antara satu sama lain. Ada orang, jodohnya cepat sampai dan ada juga sebaliknya.

Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan, namun rezekinya dalam hal tersebut masih belum berpihak kepadanya.

Menerusi laporan yang dikongsikan oleh SeaAsia Stats, Malaysia dengan 44.68% penduduknya dikenal pasti sebagai belum berkahwin, bercerai berpisah, atau balu.

Statistik ini meletakkan Malaysia di belakang Filipina berada di tempat pertama dengan 49% dari populasi di negara itu berstatus single diikuti Brunei (44.9%).

Kemboja, Myanmar dan Thailand masing-masing berada di tempat keempat hingga keenam dengan 44.6%, 29% serta 23% diikuti Indonesia (22%), Singapura (20%), Laos (17%) manakala dua negara dengan individu single terendah adalah Vietnam (16%) dan Timor-Leste (13%).

sumber gambar pexel

Orang dulu-dulu kalau tiada pilihan hati, pasti ibu ayah akan ambil alih tugas kenenkan dengan anak kawan atau orang sekeliling. Betul, tak?

Tapi lain pula zaman moden sekarang ni, pelbagai aplikasi disediakan buat mereka yang mahu mencari jodoh dan siap boleh tapis lagi tau ikut kriteria sendiri! Cuma tinggal pilih sahaja berkenan di hati atau tidak.

Malah, tak habis dengan itu, baru-baru ini tular pula 'speed dating', iaitu satu acara yang melibatkan golongan bujang lelaki dan wanita untuk mengenali satu sama lain bertempat di sebuah kafe di ibu kota.

Meskipun ramai yang menyambut baik usaha penganjur ini, namun ada juga beberapa pihak yang tidak bersetuju dan melontarkan pandangan masing-masing tentang acara ini.

sumber gambar pertamakali.my

Baru-baru ini, penceramah terkenal Don Daniyal Don Biyajid atau lebih mesra disapa Ustaz Don telah berkongsi pandangannya tentang isu ini bersama Sinarplus. Menurut beliau, Islam bukan agama yang mengongkong dan Islam adalah agama yang ada undang-undang.

"Hari ini orang duk cerita pasal speed dating dan sebagainya, first of all, ada tak perkara-perkara yang ditegah Islam? Pertama, mesti kena tengok ada tak benda yang Islam larang? Ada tak masa dating tu pegang tangan? Kalau ada, haram.

Baca juga: ‘ALLAH jagakan Soffea’. Bayi perempuan 7 bulan disahkan menghidap kanser leukemia memerlukan bantuan

Baca juga: Juara dunia! Noraizat Nordin & Aidil Aiman muncul wira tamatkan kemarau sepak takraw Malaysia

Masa p dating tu dok pakai elok-elok sebab nak p dating kena buka semua bagi lelaki tu tengok, kalau ada, haram.

Kalau sekadar masuk, duduk sembang, apa beza sembang kat supermarket, di pejabat," katanya.

Tambah bapa kepada empat orang cahaya mata ini, acara tersebut bertujuan mencari pasangan, bersesuaian dengan zaman kini yang rata-rata sukar untuk temui jodoh.

"Pertama, jangan kita buat hidup ni macam di sekolah madrasah. Bukan semua orang duduk sekolah lelaki semata-mata,bukan semua orang sekolah perempuan semata-mata.

"Kita daripada kecil bercampur sekolah, jadi kena faham suasana itu bukan membenarkan ikhtilat tadi, jangan salah faham," ungkap beliau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

Pun demikian katanya, pergaulan di antara lelaki perempuan ni berlaku secara normal di sekeliling kita, tanpa buat dosa.

"kita kena faham, ada orang yang berusaha untuk cari jodoh dan ini salah satu jalan yang ada sekiranya betul dengan cara Islam. Sebab tu firman Allah :

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (٣٠)

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam); (sesuai) fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut fitrah itu; tidak ada perubahan pada ciptaan Allah; (itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

"Apa dia? Nak buat apa pun letak Islam punya undang-undang dulu, tapi ingat jangan duk jadi terlebih daripada Islam pula. Tu orang panggil over, ataupun terpaling Islam," tambahnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca