JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang selamat menimang cahaya mata keempatnya. Lebih manis lagi, si kecil itu berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Azizulhasni iaitu 5 Januari lalu.

Tidak berkongsi jantina bayi, pemenang pingat perak Olimpik Tokyo itu menzahirkan rasa syukur dan menganggap kelahiran si comel itu satu kejutan apabila isterinya, Datin Athiah Ilyana Abd Samat bersalin beberapa minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.

“Alhamdulillah, syukur isteri yang tersayang @tyailyana memberikan hadiah hari lahir yang sangat bermakna.

“Hadiah yang tidak disangka ini hadir beberapa minggu awal dan memberi kejutan besar buat kami sekeluarga.

“Bermula dengan menemani isteri untuk pemeriksaan mingguan, doktor memberitahu yang baby sudah tidak sabar untuk keluar.

“Maka berakhirlah kami berdua di bilik bedah hanya beberapa jam selepas itu,” kongsinya di Instagram.

Dalam pada itu, pelumba yang digelar The Pocket Rocket Man menitipkan kesyukuran dan doa buat suri hati tercinta.

“Alhamdulillah syukur isteri dan baby sihat walafiat dan dilindungi oleh Allah swt.

“Masya-ALLAH, tabarakallah sekarang saya adalah ayah kepada empat orang anak,

“Semoga ALLAH memberikan balasan syurga kepada isteri yang banyak berkorban. I love you so much sayang .

“Agak-agak korang baby boy ke baby girl kali ni?” kongsinya yang turut memuat naik foto memangku si kecil.

Iklan

Bintang yang mengungguli acara pecut dan keirin itu baharu sahaja berkongsi berita kehamilan isterinya beberapa hari yang lalu dengan berkongsi foto keluarga bersama cetakan imbasan kehamilan.

Azizulhasni berkahwin dengan Athiah Ilyana pada 30 Januari 2010.

Pasangan yang kini menetap di Merlbourne, Australia itu memiliki tiga cahaya mata lain iaitu Amna Maryam, 12, Amna Khadeeja, 8, dan Amna Fateema, 2.

Iklan

Sumber: Instagram Azizulhasni Awang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!