Baik hatinya, cleaner tak ada kereta tapi wakaf 2 mesin dialisis curi perhatian ramai

BERBUAT baik adalah tuntutan agama. Berbuat baik akan memberi manfaat kepada diri sendiri, masyarakat dan negara.

Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat untuk orang lain.” (HR ath-Thabari).

Berbuat kebaikan kepada semua orang juga akan memberikan impak positif dan kesan yang baik.

Ramai Mukmin yang ingin menjadi baik, tetapi tidak dapat membina kebaikan diri kerana tidak tahu akan formula untuk menjadi insan yang benar-benar baik pada pandangan ALLAH SWT dan dalam kalangan manusia.

Baca juga Mulianya hati pasangan suami isteri ini, beri percuma nasi bajet RM2 untuk bantu orang susah

Namun jika hati nekad untuk menjadi baik dan bermanfaat buat orang lain, lakukan sahaja tidak perlu tunggu menjadi kaya atau hartawan.

Seperti satu kisah ini, seorang pemuda yang bekerja sebagai cleaner sanggup berkorban harta demi kebaikan buat orang lain.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook dikenali Izhar, lelaki itu mewakafkan dua buah mesin dialisis untuk kegunaan orang ramai dengan menjual tanah miliknya.

Apa yang mencuri perhatian ramai, dia juga dikatakan tidak mempunyai kereta namun lebih memilih untuk berbuat demikian. Allahurabbi! Baiknya hati insan ini.

Difahamkan, dia mewakafkan dua buah mesin dialisis itu di Pusat Dialisis di tempat dia bekerja.

Baca juga [VIDEO]’Salute! Sungguh mulia hatinya’- Cara abang rider beri makan anjing curi perhatian

Kredit foto: Freepik

“Seorang ‘orang’, saya panggil dia Kali. Nama penuh Kalipulizan.

“Dia pelanggan saya. Dia kerja cleaner kat Pusat Dialisis. Dia tak dak kereta. Dia ada motor pi kerja, motor pi kedai dan motor makan angin.

“Tahun lepas dia lantik saya jual tanah dia. Saya dah jual. Saya tanya, ‘Nak buat apa duit jual tanah?’. Dia kata nak buat belanja.

“Dia juga nak beli mesin dialisis 2 biji, nak wakaf kat Pusat Dialisis yang dia kerja cleaner. Hari ni Kali hantar gambar mesin dialisis. 2 biji. Saya tanya, ‘Berapa kos 2 biji mesin dialisis yang dia wakaf?’Lapan puluh ribu.

“Kali masih kerja cleaner kat Pusat Dialisis yang dia wakaf 2 biji mesin yang berharga lapan puluh ribu ringgit. Nama dia Kali. Dia seorang ‘orang’,” tulis Izhar.

Menjengah ruanga komen, rata-rata warga maya mendoakan yang terbaik buat insan berhati mulia itu.

Iklan

Ujar mereka:

“Masya-ALLAH… tabarakallah. Mulia orang ni. Moga ALLAH mudahkan urusan bagi dia.”

“Manusia yang sedar dunia ini tiada nilai di sisi ALLAH.”

Baca juga Murni hatinya, ibu muda berusia 23 tahun membesarkan 37 ‘anak’ raih pujian ramai

“Dia, seorang yang “kaya” jiwa. Dia, seorang insan yang hebat.”

“Saham akhirat. Setiap kali patient guna setiap kali tu la malaikat catit pahalanya.”

Iklan

“Kita semua manusia… tapi tak semua bersifat insan. Kali adalah seorang INSAN.. sangat memberi inspirasi.”

Semoga kisah pemuda ini dapat memberikan inspirasi buat semua. Berbuat baik sesama insan menjadikan seseorang itu disayangi dan dihormati selain sangat mulia di sisi ALLAH.

Moga hidup kita diberkati olehNYA.

Sumber: Izhar Azimat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.