[VIDEO]'Salute! Sungguh mulia hatinya'- Cara abang rider beri makan anjing curi perhatian

A
A
A

"MULIANYA hatimu wahai abang rider!" Itulah ungkapan yang sesuai dilontarkan kepada seorang lelaki penghantar makanan memberi layanan baik terhadap seekor anjing.

Bukankah semua makhluk ALLAH di muka bumi ini harus dilindungi, disayangi dan dihormati bukannya dizalimi tanpa belas kasihan.

Seperti baru-baru ini tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang lelaki yang menyantuni dengan memberi makan anjing.

Menerusi video tersebut, kisahnya terjadi apabila tuan kepada anjing itu terlupa untuk memberi makan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

'Salute! Sungguh mulia hatinya'- Cara abang rider beri makan anjing curi perhatian

Selepas itu, pemilik anjing tersebut menghubungi penghantar makanan terbabit untuk menghantar makanan di depan pagar rumahnya.

Namun apa yang menarik perhatian ramai apabila dia kelihatan mengipas dan menggaul rata makanan tersebut serta siap menyediakan air buat anjing berkenaan.

Bukan itu sahaja, dia juga dilihat menemani haiwan peliharaan itu menikmati makanan sehingga habis dan membuang sampah ke dalam tong berhampiran.

Menjengah ke laman sosial, rata-rata warganet memuji usaha lelaki tersebut melayani anjing berkenaan.

Ujar mereka;

"Akhlak menjaga kebersihan dan prihatin yang wajar dicontohi."

"Suka tengok effort abang ni cara dia bagi anjing tu makan."

Baca juga Kanak-kanak ditampar hingga jatuh tersungkur, masih pertahankan bapa raih perhatian wargamaya

"Salute! Sungguh mulia hatinya..."

"Semoga abang ni dipermudahkan urusan dan diluaskan rezeki buatnya."

"Semoga ALLAH membalas baik budinya."

@amypetsstoreAMANAH dalam menjalankan tugasan yg diberi.. ? ##abggrabfood##kucing##viral##fypシ##tiktokmalaysia##kucing##dog

♬ Suspense, horror, piano and music box - takaya

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca