KEHILANGAN seorang lelaki sejak beberapa hari lalu menimbulkan kebimbangan kepada ahli keluarga.

Menaiki kenderaan jenis MPV Grand Livina berwarna perak bernombor pendaftaran WWF 3187, Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain dilapor hilang tanpa jejak selepas bertolak dari Pasir Gudang ke Terengganu sekitar pukul 1.30 pagi pada 29 Oktober lalu untuk bekerja.

Ketika itu, lelaki berkenaan memakai baju lengan pendek hitam dan seluar jeans pendek.

“Pada 29 Oktober 2021, pukul 1.30 pagi Iman bertolak ke Terengganu dan sampai sekarang beliau masih belum dapat dihubungi atau dijumpai.

“Jika ada yang melihat atau jumpa sila hubungi kami 011-18646801 (Puan Azmawati), 012-7106646 (En. Azhar) (dan) 011-10697509 (En. Azuni),” maklum hebahan tersebut.

Kehilangan Muhammad Iman disedari ahli keluarga apabila mereka dihubungi majikan pada jam 10.51 malam untuk bertanyakan tentang lelaki itu tidak hadir bekerja.

Ketika dihubungi jam 6.30 pagi, panggilan telefon terus disambungkan kepada khidmat pesanan (voice mail).

Dalam pada itu, adik Muhammad Iman, Izz Anisaa meminta orang ramai agar sama-sama mendoakan agar abangnya kembali kepada keluarga.

“Iman baliklah. Ibu tunggu, aku tunggu, keluarga kita semua tunggu.

Iklan

“Saya mohon jangan berhenti berdoa dan solat hajat untuk abang saya pulang ke pangkuan kami dengan selamat.

“Untuk pengetahuan semua, sehingga ke hari ini abang saya masih belum dijumpai sejak 29 Oktober,” katanya di laman sosial Facebook.

Menurutnya, laporan polis sudah dibuat. Sama-samalah kita doakan  agar Muhammad Iman pulang segera kepada keluarga tersayang.

Korang yang mungkin mempunyai maklumat berkaitan kehilangan Muhammad Iman boleh membantu dengan menghubungi nombor telefon yang dikongsikan.

Iklan

Baca juga: [VIDEO]’Pepagi buat orang nangis’- Jururawat pulang tanah air undang sebak

Baca juga: Awas jauhi pantai, fenomena air pasang besar landa 4 negeri mulai 4 Nov

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Izz Anisaa, Man Hop