BERITA menyedihkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, Melaka masih hangat dibualkan warganet setelah ia tular di media sosial.

Pelbagai andaian dibuat dan media sosial hari ini dibanjiri dengan pelbagai posting orang ramai yang menyuarakan pendapat masing-masing dan ada juga yang tiada kaitan dengan keluarga tersebut tampil membuat pengakuan palsu!

Artikel berkaitan : “Sepatutnya Saya Pertahankan Adik” Ibu Angkat Kanak-Kanak Malang Mati Didera Menyesal

Macam-macam hal! Awas! Jangan sesekali menjadi ‘hakim’ atau membuat kesimpulan awal menjatuhkan hukuman kerana kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis.

“Sepatutnya saya pertahankan Adik” Ibu angkat kanak-kanak malang mati didera menyesal

Terbaharu, keluarga angkat kanak-kanak lelaki malang itu berharap keluarga kandung mangsa terutama ibunya dapat memberi kebenaran untuk keluarga itu untuk menguruskan majlis pengebumian mangsa.

Memetik portal media tempatan, bapa angkat kanak-kanak lelaki itu yang dikenali sebagai Md Tarmidi Yaacob, berkata, keluarganya telah berjumpa dengan ibu mangsa di bilik mayat ketika proses pengecaman mangsa dilakukan hari ini dan memohon kebenaran daripada wanita itu, tetapi suspek hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju.

“Kami berserah kepada Allah supaya keluarga kandung ‘Adik’ dilembutkan hati mereka dan kami masih dalam proses memujuk keluarga mereka lagi, terutama ibu kandung Adik.

“Tadi masa berjumpa pun, ibunya masih menggelengkan kepala lagi dan beberapa pihak termasuk kerajaan negeri, polis dan badan bukan kerajaan, sedang membantu memujuk mereka,” katanya.

Sementara itu Tarmidi juga bercadang untuk mengebumikan Adik di Tanah Perkuburan Islam di Bukit Beruntung di Rawang, Selangor sekiranya mendapat kebenaran daripada keluarga kandung Adik.

Beliau sekeluarga juga berharap urusan pengebumian itu merupakan tanggungjawab terakhir yang dapat mereka lakukan untuk Adik yang dianggap sebagai anak bongsu dalam keluarga.

Iklan

“Sepatutnya saya pertahankan Adik” Ibu angkat kanak-kanak malang mati didera menyesal

Tambahan pula tindakan itu dapat memberikan sedikit  ketenangan buat mereka sekeluarga terutama isterinya, Norlida Abu Hassan yang kini berada dalam keadaan yang sangat sedih.

Md Tarmidi berkata, sekiranya jenazah Adik tidak dapat dikebumikan di Rawang ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan terpaksa dikebumikan di Melaka, keluarganya tetap berharap tetap dapat menguruskan jenazah mangsa.

Iklan

Menurut pihak berkuasa, proses bedah siasat kanak-kanak berkenaan dijangka selesai malam ini.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut, dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya, dalam satu kejadian di Taman Krubong Jaya, Melaka, Jumaat lalu.

Adik didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang, namun siasatan siasatan awal polis mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa.