Bermula hanya isi masa terluang, Fiza Kitchen milik wanita ini kini punyai lebih 30 jenis kek, dessert & western food

A
A
A

BERMULA dengan hanya isi masa lapang, sedikit demi sedikit minat itu datang dan mula mengorak langkah dalam bidang bakeri dan pastri.

Itu yang dilalui seorang wanita berjiwa besar, Noor Hafiza Che Abdullah, 35, yang mengusahakan perniagaan makanan kek, dessert & western food.

Apa yang sangat memberi inspirasi kepada wanita, perniagaan yang diberi nama Fiza Kitchen itu hanya beroperasi dari rumah dan kini sudah mempunyai lebih 30 jenis kek, dessert & western food.

Ujar Hafiza, agak sukar untuk dirinya membuat keputusan menceburkan diri dalam bidang tersebut namun dengan keberanian dia kuatkan semangat dan nekad.

"Hari demi hari, saya lihat hasil bakeri mampu menjana pendapatan, lantas saya memberanikan diri untuk lebih fokus dalam bisnes tersebut.

"Bisnes saya bermula dengan kek pisang choklat kayangan. Ketika itu sambutan majlis hari jadi anak saya dan saya ada buatkan sedikit kek pisang untuk dihidangkan pada tetamu.

Baca juga Kukuhkan jenama sebagai kosmetik halal, Nurraysa sasar bantu 135,000 usahawan jana pendapatan

"Saya tak sangka pula ramai yang berminat untuk order. Melihat sambutan yang baik saya memberanikan diri untuk melabur wang simpanan dengan membeli kelengkapan seperti mixer dan oven," ujarnya.

Bicara wanita yang pernah bergelar wartawan selama tujuh tahun itu, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja setelah beberapa bulan melahirkan cahaya mata kedua.

Katanya, cabaran dan masalah dalam perniagaan seperti dilakukannya tetap ada.

"Cabaran pertama membuka bisnes secara dalam talian yang perlu ditempuh adalah bagaimana mahu mendapatkan pengikut.

"Selepas itu saya berdepan pula proses untuk membina kepercayaan daripada pelanggan dan pengikut.

"Namun alhamdulillah, ALLAH permudahkan dan saya dikelilingi sahabat serta kenalan yang sentiasa menyokong Fiza Kitchen dari bawah sehinggalah sekarang.

"Dalam perniagaan ada pasang surutnya, ada hari tempahan banyak ada hari sikit dan ada hari langsung tiada.

"Tapi kita perlu bijak mencari idea seperti menjual kek yang sedang viral selain menarik perhatian pelanggan dengan sentiasa berkongsi gambar serta inti pati produk yang paling terbaik," ujarnya.

Baca juga Jahit baju bermodalkan wang pinjaman belajar, ibu pencetus inspirasi Liyana Rahman bangunkan bisnes tudung

Atas dorongan kuat daripada suami, Nurul Riduan Nor Ashaha dan keluarga, Hafiza menanam impian untuk membuka sebuah kedai kek suatu hari nanti.

Dalam pada itu, Hafiza mengakui turut terkesan dengan cabaran ekonomi yang kian rapuh masa kini.

"Keadaan ekonomi sangat mencabar dengan harga barang yang sangat tidak menentu.

"Namun dalam berniaga saya melihat risiko sebagai satu cabaran, bukan tidak pernah rugi tetapi saya percaya setiap cabaran ada penyelesaian.

"Pada masa sama saya sentiasa belajar, mencari ilmu dengan masuk kelas untuk mengukuhkan lagi pengetahuan dalam bidang ini," katanya.

Baca juga Kak Ell ambil pusing ‘teguran’ anak demi jadi ibu terbaik. Usahawan terkenal ini juga berkongsi cerita jatuh bangun bisnesnya

Pesannya kepada wanita yang turut berada dalam bidang bisnes, teruskan.

"Setiap daripada kita akan diuji namun yang pasti akan ada rezeki yang ALLAH tentukan cuma cepat atau lambat sahaja," titipnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca