Cabaran berkahwin dengan duda... peguam ini beri pesanan yang wanita perlu tahu

A
A
A

MENDIRIKAN perkahwinan dengan seseorang yang sebelum itu pernah 'dimiliki' oleh orang lain, memang banyak cabaran dan dugaannya.

Jika mendapat pasangan yang memahami, mungkin tiada masalah. Begitupun, sulit jika sebaliknya.

Buat kaum wanita... andai kata kita ditakdirkan berkahwin dengan seorang bergelar duda, 'bawalah diri' dalam menjalani kehidupan sebaiknya.

Itulah yang dikongsikan Peguam Syarie dari Tetuan Mohamad Azlin & Suriati Associates, Suriati Ab Ghani.

Ada perkara yang perlu disedari sebagai 'isteri baru' yang berkahwin dengan duda:

Bila bekas isteri tuntut hak

Menurut Suriati, berdasarkan pengalaman mengendalikan kes di Mahkamah Syariah, bila bekas isteri menuntut haknya di mahkamah, beliau bukan sahaja terpaksa berdepan dengan sikap bekas suami.

Akan tetapi, lebih menambah tekanan seseorang bekas isteri itu apabila terpaksa berdepan dengan kerenah isteri baru bekas suami.

"Sepatutnya biarlah pihak-pihak tersebut sahaja selesaikan kes mereka di mahkamah. Kita orang baru yang tak tahu menahu kisah rumahtangga mereka dulu-dulu duduklah diam-diam di tepi.

"Ini tidak..isteri baru pula yang menambah garam, cuka, ajinomoto, keluar habis di FB mengata bekas isteri suaminya. Tuntut yang bukan-bukan katanya. Kalau tuntut yang bukan-bukan mestilah di peringkat pemfailan kes pun mahkamah dah tolak. Dia menuntut hak dia, bukan tuntut hak isteri baru tu...," kongsi peguam ini di posting Facebooknya.

Biarkan suami menyelesaikan tanggungjawabnya terhadap tuntutan bekas isteri.

Hak jagaan anak

Tambah pula kalau kes hak jagaan anak, isteri baru jangan pula yang sibuk-sibuk ya. Itu masalah anak orang yang nak selesaikan. Kenapa kita yang tak ada setitis darah pun dalam badan anak tu sibuk pula nak rebut sama..

"Sudah-sudahlah sibuk hal orang..jagalah rumahtangga sendiri. Jangan kusutkan lagi masalah orang. Proses bekas isteri nak menuntut di mahkamah pun bukannya senang. Tekanan, lepas tu kena kacau pula dengan isteri baru bekas suami..Allahu..

"Fikir-fikirkanlah, kita baru sahaja wujud dalam hidup suami tu, baru je kenal suami tu. Kita tak tau siapa yang silap semasa perkahwinan mereka dulu sehingga mereka bercerai," katanya.

Kata Suriati, jangan 100 peratus letakkan kepercayaan bahawa bekas isteri tu yang salah sebab tulah mereka bercerai. Layarilah bahtera jauh-jauh lagi untuk kenal orang baru dalam hidup kita, katanya lagi.

Suriati

Dalam pada itu, menurutnya, bila keluar live nya sembang-sembang topik berjodoh dengan duda minggu lepas, ramai pula tuan badan yang dirinya berjodoh dengan duda beremosi.

Cerita beliau, ada yang mula serang hendap bekas isteri suaminya.

Macam ni lah..kesimpulan daripada topik tersebut, kata Suriati :

1) Bersedia dari segala segi terutama mental

Bila ambil keputusan untuk berkahwin dengan duda... bersedialah dari segala segi terutamanya dari segi mental. Ini disebabkan suami puan-puan akan terlibat dengan kes di mahkamah syariah untuk menjawab dan membela diri terhadap tuntutan hak-hak selepas bercerai dengan bekas isterinya.

Bekas isteri menuntut hak-haknya yang hukum syarak kata memang boleh tuntut. Siapa kita nak marah... jumlah banyak @ sikit dia tuntut tu biar hakim yang putuskan berapa yang akan dia dapat.

2) Biar suami jalankan tanggungjawab

Kena faham suami puan-puan yang duda tersebut ada anak-anak hasil perkahwinan terdahulu yang wajib beliau tanggung nafkahnya. Biarkan dia jalankan tanggungjawab dia sebab semuanya nanti akan ditanya di akhirat.

Jangan kita pula bersubahat tak bagi dia sara nafkah anak-anak dia. Kena faham juga income suami ada bahagian anak-anak dia setiap bulan.

3) Nasihatkan suami hak lawatan anak

Jika suami tak dapat akses melawat anak-anak yang ada dengan bekas isterinya..share ilmu ni dengan suami.

Pergi filing kes hak lawatan dan bersama dengan anak di mahkamah syariah, perlu ada tindakan. Jangan dok diam di belakang tabir tak puas hati tak dapat jumpa dengan anak.

Tapi sebagai orang baru..be neutral. Dah kenal kan suami macam mana, kalau puan-puan nampak suami sibuk dengan kerja tak ada masa nak jaga anak, nampak bekas isteri tu elok je jaga anak dia... nasihatkan suami mohon hak lawatan dan bersama dengan anak je.

Tak perlu mohon hak jagaan..tapi tak salah kalau mohon hak jagaan jika nampak anak tersebut diabaikan oleh bekas isteri, katanya.

Nasihat beliau, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Moga perkongsian beliau ini bermanfaat ya. -AG #janganputusasamalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca