Boss susu kongsi kisah kejayaan beli jenama jem berusia 123 tahun dan miliki kilang di Australia
“Ini barulah susu segar” itu adalah tag line yang selalu disebut oleh usahawan susu, Azmi Zainal atau juga mesra dikenali dengan panggilan Boss Susu.
Boss Susu merupakan Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh Sdn Bhd dan beliau kini semakin terkenal setelah muncul sebagai penaja rasmi rancangan Gegar Vaganza terbitan Astro.
Kisah beliau juga dalam membawa kejayaan demi kejayaan Farm Fresh sering menjadi sebutan malahan inspirasi orang ramai.
Terbaharu, beliau juga berkongsikan perkembangan terkini mengenai perniagaannya di Facebook yang dikatakan telah membeli sebuah kilang di Australia.
Bukan itu sahaja, beliau juga secara tidak langsung menjadi pemilik baharu satu jenama produk jem terkemuka yang menjadi kebanggaan rakyat Autralia.
Mana tidaknya, jenama produk jem yang dibeli Boss Susu itu telah berada dalam pasaran selama 123 tahun. Cukup lama bukan?
“Kisah pelaburan kami di Australia selalunya brader cerita sikit-sikit sahaja.
“Kami telah melabur lebih dari RM100 juta untuk persediaan syarikat berkembang ke Asia Pasifik dan global.“Daripada pembelian ladang genetik dan ladang ternakan sehinggalah ke pembelian kilang. Kini pelaburan itu sudah mula menampakkan hasil dan tak malu saya nak kongsikan pada semua," tulisnya di Facebook.
Menurut Boss Susu, untuk membina kilang baharu di Australia ia akan mengambil masa dan pelbagai syarat yang ketat terpaksa diikuti.
“Oleh itu kami membuat keputusan untuk membeli kilang sedia ada. Maka bermulalah kisah penjelajahan kami.“Kami membeli sebuah kilang jem yang mempunyai keluasan 20 ekar agar boleh diubah suai kepada kilang susu.
“Tetapi pengambilan kilang jem itu secara tidak langsung menjadi buah mulut dunia korporat di sana kerana kami membeli syarikat jem ternama Australia iaitu Henry Jones Pte Ltd yang mengeluarkan jenama terkenal yang dikenali sebagai IXL.
“Henry Jones Pte Ltd adalah kebanggan Australia kerana ia adalah syarikat warisan yang berusia 123 tahun.
“Mereka tertanya-tanya siapakah pemilik baru Henry Jones sehingga menggelar kami ‘the market distrupter’.
“Jem IXL pula sangat popular di sana dan ia juga dieksport ke Europe, Midle East, china, Hongkong dan sebahagian negara Asean,” katanya.
Tambah Boss Susu lagi, kini jenama jem IXL telah berada di Malaysia dan ia milik rakyat Malaysia sepenuhnya.
Terbaik Boss Susu! Teruskan berjuang dan mengharumkan lagi nama Malaysia di mata dunia. Tahniah!
Kisah pelaburan kami di Australia selalunya brader citer sedikit2 dan samar2 je. Kami telah melabur lebih dari RM...Posted by Azmi Zainal on Sunday, 24 January 2021
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang