Budak maut jatuh tingkat 29 raih simpati ramai, berpesan cakna anak. Mohon ambil iktibar
NEGARA sekali lagi digemparkan dengan kejadian ngeri melibatkan kanak-kanak maut terjatuh daripada bangunan.
Kejadian seumpama itu seolah kerap berlaku di negara kita, buktinya pada 25 Oktober lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh di sebuah apartment di Presint 5 di Putrajaya.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Selain itu, pada 17 Oktober lalu pula, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut akibat terjatuh dari tingkat sembilan sebuah hotel di Tanjung Bungah, Georgetown, Pulau Pinang.
Seperti semalam, seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan ditemui mati selepas terjatuh daripada kediamannya di tingkat 29 di sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai, mayat kanak-kanak malang berusia empat tahun itu, ditemui oleh pekerja pengurusan kondominium berkenaan di tingkat lapan.
Katanya, pihaknya telah menerima maklumat daripada Mers 999 pada pukul 2.41 petang berkenaan seorang kanak-kanak perempuan telah terjatuh dari tingkat 29 ke tingkat lapan, di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Ujarnya lanjut, polis telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mendapati mangsa telah ditinggalkan bersendirian tanpa pengawasan di rumah oleh bapanya dalam keadaan pintu berkunci, kerana telah keluar untuk membeli barang.
Kata Beh, bapa mangsa pulang ke rumah dan mendapati anaknya tiada di dalam rumah, kemudian meminta bantuan dari pihak pengurusan untuk mencari anaknya.
Ujarnya, mangsa telah ditemui oleh salah seorang kakitangan pengurusan di kawasan koridor tingkat lapan dalam keadaan tidak bernyawa.
Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tingkap di bilik mangsa dalam keadaan terbuka dan terdapat sebuah kerusi berada di tepi tingkap bilik berkenaan, yang tidak mempunyai jeriji.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dari Hospital Selayang dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sementara itu, menjengah ke laman sosial, ramai individu tampil menyalahkan ibu bapa yang bertindak nekad meninggalkan anak kecil sendirian di rumah.
Mereka turut berpesan kepada ibu bapa yang lain agar ambil iktibar dan pengajaran agar lebih cakna terhadap anak-anak.
Ujar mereka;"Walaupun ajal itu telah tertulis tapi kejadiannya amat menyayat hati sangat. Moga jadi contoh dan peringatan untuk kita bersama."
"Walaupun nak pergi kedai yang tak sampai 5 minit pun, saya tetap angkut anak-anak. Memang tak berani tinffal dekat rumah walaupun sekejap, kalau diorang tidur pun tetap kejutkan juga. Malaysia perlukan akta khas untuk ibu bapa yang cuai tinggalkan anak sorang-sorang macam ni."
Baca juga Boleh makan tanpa muntah, keadaan Fatimah beransur baik, Ali risau sempat kirim mainan untuk kakak
"Mati mengejut? Saya lagi terkejut bapanya tinggalkan dia di rumah, tak boleh bawa ke, malas sangat nak bawak anak belanja?"
"If you have nothing nice to say, say nothing at all... Cukuplah mendoakan, kita belum tahu apa pula yang ALLAH nak uji kita. Ambil iktibar atas kejadian."
"Anak empat tahun mana tau erti bahaya lagi, dia akan buat ikut hati dia ja. Memang kene pantau walau die main dalam bilik sorang-sorang. Ni pula tinggal sorang-sorang tak ada orang."
Terbaharu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Batu Caves hari ini. Insiden tersebut dikongsikan melalui Twitter Bernama sebentar tadi.
Al-Fatihah, salam takziah kepada keluarga mangsa.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang