NAMA Datuk Nicol Ann David dan Datuk Lee Chong Wei sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kedua-dua mereka diakui oleh ramai pihak sebagai pemain skuasy wanita paling hebat sepanjang zaman dan jaguh badminton bertaraf dunia.

Terbaharu, bekas juara skuasy dunia, Datuk Nicol David baru-baru ini telah dinobatkan sebagai Atlet Terhebat Sepanjang Zaman (Greatest Athlete of All Time).

Wanita berasal dari Pulau Pinang itu juga mendapat penghargaan berkenaan selepas menerima jumlah undian terbanyak dalam kalangan 10 atlet tersohor dunia.

Beliau dinobatkan anugerah tersebut selepas berjaya mendapat undian sebanyak 318,943 sekali gus menewaskan pesaingnya, lagenda tarik tali Ireland, James Kehoe jauh di belakang yang hanya sekadar meraih 113,120 undian.

Sebagai pemegang rekod pemain paling lama yang menghuni ranking nombor satu dunia sepanjang 2006 – 2015, iaitu selama sembilan tahun, sebelum dirampas jaguh Mesir, Reneem El Weleily, pada 2015, Nicol adalah kebanggaan negara yang tiada tolok tandingnya.

Datuk Nicol David baru-baru ini telah dinobatkan sebagai Atlet Terhebat Sepanjang Zaman (Greatest Athlete of All Time).

Iklan

Pencapaian terbaharu beliau itu juga menyebabkan ribuan peminat dan warganet membanjiri laman sosial beliau mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan tersebut.

Lee Chong Wei melalui akaun Twitter miliknya yang dikenali sebagai @LeeChongWei juga turut tidak ketinggalan merakamkan ucapan tahniah kepada Nicol.

Iklan

Melalui ciapan Chong Wei, beliau juga memuat naik sekeping gambar sedang bersalaman dengan Nicole dan amat berbangga dengan pencapaian atlet tersohor dunia itu yang disifatkan sangat berjaya dalam bidang yang diceburi.

“Congratulations to @NicolDavid for being voted the greatest athlete of all time!

“Proud of you as a Malaysian! It is my honour to be playing in the same time as you. Different racquet, same home, same flag. Nicole, truly the GOAT!,” tulisnya.