CUTI dan bonus sebulan gaji antara kejutan yang diberikan instafamous Hafiz Mahamad kepada kakitangannya selepas menerima dua anugerah di Gempak Most Wanted.

Usahawan itu memenangi dua kategori iaitu Digital Influencer Tergempak dan trofi utama, Gempak Most Wanted Awards.

Hadir dan menaiki pentas bersama isteri tercinta, Syafiqah Aina, selebriti media sosial itu secara spontan mengumumkan cuti sehari dan bonus sebulan gani kepada kakitangannya yang dianggarkan bernilai RM300,000.

Baca juga: Kejutan yang cukup bermakna! Hadiahkan kereta sempena ibu bapa bersara, luahan hati Hafiz Mahamad undang sebak

“Saya hanyalah lelaki yang menumpang rezeki isteri, dia ini adalah hadiah untuk isteri saya.

“Untuk semua staf saya, satu hari cuti untuk awak. Untuk staf saya di klinik raya ini satu bulan gaji bonus untuk awak. Terima kasih, ini adalah tentang kejayaan demi kebahagiaan,” ujar Hafiz di pentas sejurus menerima anugerah tersebut.

Warga maya terharu dengan pencapaian influencer itu dan memberikan kata-kata semangat. Tidak kurang yang menjadikan Hafiz sebagai inspirasi:

– “Berulang kali tengok video ni and still rasa perasaan yang sama. You guys deserve this! And tahniahh lagi sekali.”

– “Sayu tengok video ni. Tahniah, kalian memang layak, inspirasi buat anak-anak muda.”

Iklan

– “Congratulation, semua lelaki patut menghargai wanita macam ni.”

– “Terima kasih kerana buktikan, menyanjungi wanita itu bukan bermakna lelaki itu lemah, tapi kekuatan untuk teruskan melangkah membina kejayaan.”

Hafiz dan Aina berkahwin pada 24 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raisya Narisa, 3, dan Rayqal Arees, 1.

Baca juga: Wow! Isteri influencer hadiahkan kereta ferrari buat suami

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.