DIPANDANG serong dan diperli seperti membawa anjing, itulah yang terpaksa ditelan ibu bapa apabila membawa anak-anak kecil keluar menggunakan tali anti lost.

Anak kecil sememangnya memerlukan pemantauan yang lebih daripada penjaga. Manakan tidak, pantang terleka, pasti sudah hilang dari pandangan.

Bahkan, mereka juga akan menjadi lebih hyper bila berada di kawasan sesak seperti taman permainan atau pasar raya.

Jadi, ibu bapa perlu mencari alternatif agar tidak berlaku perkara buruk pada anak seperti penggunaan tali anti lost.

Umum maklum, tali anti lost telah diperkenalkan beberapa tahun lalu namun penggunaannya selalu mendapat pandangan serong oleh masyarakat.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @neeerafeefa, seorang wanita tampil meluahkan rasa kecewanya dengan segelintir individu yang seolah-olah memperlekehkan tindakan ibu bapa yang menggunakan tali anti lost tersebut.

Kongsi Niraaa, sebenarnya penggunaan tali tersebut adalah sangat penting demi keselamatan anaknya agar tiada kejadian buruk yang berlaku.

Dia juga meminta orang ramai agar lebih terbuka dan tidak memberikan reaksi negatif kepada ibu bapa yang menggunakannya.

“Korang kalau nampak parent bawa anak macam ni boleh rilek sikit tak? Riak muka tu.. Jangan tengok macam kita ni buat dosa besar pakai gelang macam ni.

“Sesuatu benda dicipta mesti ada kegunaan. Benda basic kot. For your information, ni namanya baby harness wrist band protection anti lost.

“Benda boleh jadi sekelip mata je tau dak? Bayangkan tengah keluar anak hampa tiba tiba hilang dari pandangan tak ke naya?

“Tapi dengan adanya harness baby ni, anak ampa tak boleh jauh 1 km dari ampa. So senang la ampa nak shopping ke apa even tengah focus dengan benda lain tapi anak tak boleh lari jauh.. faham ke idok?” jelasnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga warga maya memberikan komen positif dan menyokong kenyataan wanita tersebut kerana ada segelintir individu di luar sana yang masih tidak boleh menerima benda baharu demi keselamatan bersama.

Dalam pada itu, ramai juga berpendapat bahawa ibu bapa di luar sana perlu mengabaikan segala kritikan atau reaksi negatif yang dilontarkan orang sekeliling kerana menjaga keselamatan anak adalah tanggungjawab ibu bapa itu sendiri.

Baca juga Netizen bengang, lelaki beristeri dua tergamak jadikan anak ‘hamba seks’, dipenjara 45 tahun, 24 sebatan

tali keselamatan anti lost
Kredit Gambar: Hellodoktor

Sementara itu, ini kebaikan lain menggunakan tali anti lost;

1. Tali ikat tangan anak, terpulang pada ibu bapa

Kebanyakan ibu bapa tidak mahu menggunakan child leash atau child safety harness kerana bimbang dengan ‘cakap-cakap’ individu sekeliling.

Tetapi hakikatnya, jika apa yang dilakukan adalah untuk keselamatan anak-anak, maka anda tidak perlu risaukan tentang pandangan orang lain.

Selagi ia tidak membahayakan anak, maka lakukanlah apa sahaja demi keselamatan mereka. Usah berasa malu atau bimbang.

2. Tali ikat tangan anak, tidak sekat kebebasan si kecil

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, namun dalam masa yang sama tetap menitikberatkan aspek keselamatan. Maka penggunaan child leash adalah pilihan terbaik.

Iklan

Anak masih bebas meneroka dalam jarak yang selamat mengikut kepanjangan tali keselamatan dan ibu bapa boleh berada dalam keadaan tenang untuk membiarkan anak bermain.

3. Mudahkan bersenam

Kecenderungan untuk anak mengalami masalah obesiti pada masa kini, sangat tinggi.

Masalah itu boleh berlaku kepada si kecil anda jika mereka tidak diberikan peluang untuk bersenam atau melakukan aktiviti fizikal harian.

Jadi penggunaan peranti keselamatan ini pastinya cara terbaik untuk memastikan anak dapat bersenam dalam keadaan selamat dan terkawal.

4. Penggunaan tali ikat tangan anak bukan bermakna anda ibu bapa pemalas

Siapa kata ibu bapa yang menggunakan peranti keselamatan ini pemalas?

Iklan

Sedangkan mereka masih meluangkan masa bersama anak-anak dan penggunaan peranti ini adalah untuk memastikan anak mereka sentiasa dalam keadaan selamat.

5. Elakkan anak daripada gangguan pedofilia dan penculikan

Penculikan anak kecil bukan perkara baharu dan ia boleh terjadi kepada sesiapa. Sama juga keadaannya dengan masalah pedofilia, kita tidak tahu mungkin anak sedang diperhatikan individu tidak bertanggungjawab ini.

Kedua-dua pemangsa ini mungkin menunggu masa untuk ‘merampas’ si kecil daripada kita.

Sudah tentu penggunaan tali keselamatan kanak-kanak ini pastinya dapat menghindari kejadian tidak diingini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.