DULU biasa tidur hotel 5 bintang, kini jadi orang biasa demi dakwah.

Itu realiti kehidupan bekas anggota kumpulan Raihan, Ustaz Nazrey Johani yang cukup dikenali ramai suatu ketika dulu.

Kelunakan suara baik ketika menyanyi mahupun mengalunkan ayat-ayat suci cukup mendamaikan hati.

Kumpulan Raihan suatu ketika dahulu pernah menerima kunjungan Queen Elizabeth II.

Sehingga kini, nama beliau masih menjadi ingatan. Peminatnya bukan hanya dalam kalangan golongan dewasa, bahkan kanak-kanak juga turut mengenali mereka.

Saat namanya dan kumpulan Raihan tengah ‘meletup’ dan meniti puncak populariti, personaliti disegani itu mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia seni dan menghabiskan masa untuk berdakwah. Apa cerita di sebaliknya yang ramai masih tidak tahu?

Baca ‘Saya mahu elak diri daripada bergosip, cakap perkara tak berfaedah.’-Hawa Rizwana

HANYA SATU PANGGILAN TELEFON 

Baru-baru ini, seorang individu yang dikenali sebagai Taufiq Razif memuat naik cerita tentang Ustaz Nazrey menerusi laman Facebooknya.

Ujar Taufiq, pertemuan mereka berlangsung di Sabah iaitu ketika menjalani satu misi kemanusiaan di sana.

Penulis, Taufik Razif bersama Ustaz Nazrey.

Beliau juga sertakan sekeping gambar bersama bekas vokalis kumpulan Raihan.

Pada kesempatan itu, Taufiq bertanyakan terus kepada Ustaz Nazrey tentang sebab sebenar pengundurannya daripada Raihan.

Seperti yang diceritakan oleh bekas selebriti itu, segala-galanya bermula selepas dirinya menerima satu panggilan daripada seorang guru yang berada di Sabah.

“Ustaz Nazrey beritahu yang dia dulu berhenti Raihan masa tengah top. Masa tengah top tu lah tiba-tiba Ustaz Nazrey dapat satu panggilan daripada pendakwah di Sabah yang juga guru agama Ustaz Nazrey.

“Bila nak datang Sabah? Sini ada dua, tiga orang saja solat jemaah, kalau awak datang sini sekurang-kurangnya bertambahlah juga bilangan jemaah,” kata Taufiq dalam entrinya.

Ternyata, kata-kata ringkas tersebut telah membuatkan Ustaz Nazrey terkesan dan mengambil masa beberapa hari untuk berfikir. Akhirnya, beliau bulatkan hati untuk terbang ke Sabah.

KEPUTUSAN NEKAD 

Siapa sangka, dalam tempoh 10 hari di sana,’cinta’ Ustaz Nazrey mula bercambah dalam bidang tersebut.

Iklan

Lantas, beliau nekad berhenti menyanyi dan menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kerja-kerja dakwah.

Siapa sangka, dalam tempoh 10 hari di sana,’cinta’ Ustaz Nazrey mula bercambah dalam bidang dakwah.

“Ustaz Nazrey beritahu saya, tak mudah nak buat keputusan itu. Bayangkan pada masa itu, beliau antara artis paling terkenal di Malaysia dengan jualan album dia sahaja lebih daripada 800,000 unit! Sampai sekarang pun tak ada mana-mana artis di Malaysia boleh pecahkan rekod tersebut.

“Ustaz Nazrey kata ketika zaman popularitinya juga dia dah biasa tidur hotel lima bintang dan dihormati oleh ramai orang, tapi tiba-tiba saja bila datang ke Sabah kena jadi orang kampung biasa dan kena bersusah payah buat kerja dakwah,” kongsi Taufiq.

Baca juga: Penerbit Mat Kilau rupanya jutawan, pemilik Hospital Az-Zahrah, PU Amin dedah kisahnya

Memang sebak membaca pengakuan anak kelahiran Sabah itu. Tambah Taufik, kisah Ustaz Nazrey menunjukkan kepada kita, bukan semua kehebatan dapat diukur melalui kejayaan atau pencapaian diri semata-mata.

Iklan

“Begitulah kawan kawan, kehebatan seseorang kadangkala bukan dilihat pada kejayaan dan pencapaian dirinya, tetapi juga dilihat pada seberapa banyak dan seberapa sanggup dia berkorban.

“Ibu yang hebat ialah ibu yang paling banyak berkorban. Ayah yang hebat ialah ayah yang paling banyak berkorban. Begitu juga dengan yang lainnya.

“Mereka mungkin tak dapat pingat atau balasan di dunia, tetapi percayalah pengorbanan mereka nanti akan sangat bernilai ketika di alam sana nanti,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.