“Fadzli anak yang baik”- pekerja terlelap syif malam, penjelasan Pak Cik Shell buat netizen tersentuh

A
A
A

BARU-baru ini tular video seorang pekerja sebuah stesen minyak tertidur dan dirakam pelanggan.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.50 pagi itu, beberapa orang pelanggan cuba mengejutkan pekerja berkenaan yang terlelap. Deraman enjin kereta dan ketukan pada kaunter untuk menyedarkan pekerja bernama Fadzli.

Dalam perkembangan terbaru, Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain atau popular dengan panggilan Pak Cik Shell tampil memohon maaf dan memberikan menjelaskan berhubung video viral berkenaan.

Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain

Menurutnya, pekerja berkenaan dipercayai keletihan selepas membantu ibu meniaga di pasar pada awal pagi.

Dalam masa yang sama, pemuda berkenaan dihantar untuk buat pemeriksaan kesihatan. Malah majikannya memberikan cuti seketika untuk membolehkannya berehat.

“Tular video Fadzli tertidur pukul 3.50 pagi. Saya mohon maaf kepada pelanggan yg terpaksa menunggu. Tetapi saya tidak marah kerana adik Fadzli anak yang baik.

“Pagi-pagi dia tolong emak berniaga di pasar, itulah hakikat kehidupan yang kita tidak nampak. Dia dihantar untuk pemeriksaan kesihatan dan bos bagi cuti untuk rehat. 

“Go Fadzli! We are run by hard working Malaysians, for Malaysians,” titipnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shairan Huzani (@pakcikshell)

Hantaran berkenaan menerima pujian daripada warga maya. Rata-rata tersentuh dengan tindakan proaktif pihak syarikat yang wajar dicontohi.

Malah ada yang mengecam mengatakan perbuatan menularkan pelbagai perkara di laman sosial adalah trend yang tidak sihat.

-“Majikan dan pihak atasan macam pakcik dan team ini yang kita perlukan!”

-“Rakyat kita terjebak semua benda nak tular. Benda baik tularkanlah. Benda tak baik macam jenayah terus la hantar ke pihak berkuasa. Kejut sajalah adik ni. Kalau betul dia pengsan risau juga, tapi jangan dipersendakan. Ingat kita jaga aib orang, insya-ALLAH, aib kita ALLAH jaga.

-“ Contoh ketua yang sebenar.”

-“Terima kasih bos, jarang boleh dapat bos boleh toleransi logik akal macam ni.”

-“Terbaik, bos yang baik memahami permasalahan staf. Nampak sangat dia kepenatan, menolong ibu meniaga. Insya-ALLAH dia akan berjaya nanti.”

-“Pertama kali jumpa majikan menyebelahi staf, masya-ALLAH. Semoga ALLAH membuka mata dan mencontohi tauladan yang baik.”

Terdahulu, Pakcik Shell pernah popular selepas turun padang berjumpa sendiri seorang pekerja yang pakai baju Shell ketika mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca