Fila, suami reda gagal IVF, yakin ALLAH sebaik-baik perancang

FILA Amir, pempengaruh media sosial yang juga YouTuber berkongsi baru sahaja gagal dalam rawatan persenyawaan in vitro atau singkatnya IVF dalam usahanya menimang cahaya mata.

Pemilik nama Nur Afilah Amir Rusdi, 27, berkongsi menerusi laman sosial TikTok baharu sahaja menerima keputusan tersebut menzahirkan reda atas ketentuan ALLAH.

Baca juga: Terbaik! Wanita Malaysia di Guinea edar, sedekah Al-Quran buat anak-anak tahfiz

“Alhamdulillah, apa pun kami suami isteri percaya dan yakin dengan perancangan ALLAH.  Kami bersyukur diberi peluang  menjalani IVF berusaha cari jalan. Perjalanan ni membuatkan kami lebih kuat, lebih dekat dan kasih sayang kami lebih mendalam.

“Kami bersyukur dapat jumpa doktor baru ini. Sudah banyak pakar kami jumpa, sampai la doktor ini. Insya-ALLAh Fila akanusaha TTC and IVF dari 2019, sudah lama simpan seorang diri.

Iklan
Iklan

“Kami redha dan bersyukur. Doakan kami juga ya,” titip Fila.

Wanita kelahiran Kubang Pasu, Kedah dan suaminya, Adama Mohamed Camara menjalani prosedur IVF pada 14 Oktober lalu manakala janji temu pertama bersama pakar dimulakan pada 15 Mac 2022.

Baca juga: Wanita Kedah kongsi pengalaman, menetap di Guinea kampung suami, raih perhatian warganet

Sebelum prosedur IVF dijalankan, wanita genit itu terdahulu melakukan pembuangan tiub Fallopian (salpingectomy) pada 15 April 2022 manakala pada 9 September beliau memulakan ubat-ubatan bagi IVF.

“Doktor saya setiap pagi akan bantu suntik (ubat) sebanyak tiga suntikan. Pandai-pandailah cari tempat yang tidak bengkak.

“Selepas pemindahan embrio pada 14 Oktober, masih ada suntikan lagi. Minggu lepas pemeriksaan menunjukkan paras hormon gonadotrofin korion manusia (HCG) tinggi. Mungkin hamil. Tetapi hari ini HCG turun, jadi keputusan IVF kami tidak berjaya.

“Apa pun kami bersyukur dan reda, ALLAH sebaik-baik perancang,” titip wanita pemilik saluran YouTube Mr&Mrs CAMARA.

 

Terdahulu, perkahwinan Fila bersama Adama yang pada April 2019 pernah tular di media sosial berikutan bertemu jodoh dengan jejaka dari benua Afrika.

Malah Fila juga terkenal dengan kerja-kerja kebajikan di kampung suaminya di Conakry, Guinea.

Baca juga: Risiko wanita hamil di luar rahim, adakah pembedahan IVF diperlukan? Ini jawapan pakar

LIMA FAKTA IVF

1-Teknik IVF disyorkan kepada wanita yang sudah berkahwin selama dua tahun dan masih belum dikurniakan zuriat mungkin disebabkan kegagalan tiub fallopian atau ketidaksuburan yang tidak dikenalpasti.

2-Kejayaan IVF memerlukan ovum yang sihat dan baik, sperma mampu mensenyawakan ovum dan rahim yang mampu meneruskan kandungan.

3-Prosedur IVF akan dicadangkan kepada pasangan tidak berjaya hamil menerusi teknik bantuan rawatan yang lebih murah (intrauterine insemination-IUI).

4-Kaedah suntikan intrasitoplasmik sperma (ICSI) akan digunakan bagi masalah ketidaksuburan dalam kalangan lelaki disebabkan masalah seperti kekurangan kuantiti dan kualiti sperma atau sperma yang tidak mampu memasuki ovum. Kaedah ICSI mampu meningkatkan kadar kejayaan in vitro.

5-Faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan IVF adalah umur ibu. Umur yang optimum untuk menjalani rawatan ini adalah pada umur 23 hingga 42 tahun.

Baca juga: IVF 8 kali, 12 tahun usaha zuriat, kisah bapa ini buat netizen sebak

Sumber: TikTok filacamara, MyHealth

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Azma ML

Published by
Azma ML

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

2 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

16 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

19 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

21 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

21 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

24 hours ago