AHLI perniagaan dari Malaysia, Nadiah Wan diiktirafkan sebagai antara 20 pemimpin perniagaan wanita yang cemerlang di rantau Asia Pasifik.

Menurut Forbes, Wan Nadiah Wan Abdullah Yaakob, 37, yang memegang dua jawatan ketua pegawai eksekutif adalah yang termuda dan satu-satunya dari Malaysia dalam senarai tersebut tahun ini.

Beliau bertugas di Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hospital Thomson di Kota Damansara sejak 2019. Terdahulu, wanita hebat itu merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO) Pusat Perubatan Sunway.

Pengiktirafan Power Business 2021 diberikan kepada Wan NaDiah atas usahanya memperkenalkan pasukan petugas khas Covid-19, melancarkan aplikasi mudah alih, menyediakan penjagaan pesakit, ujian saringan, penilaian kepada perkhidmatan pemulihan dan penghantaran ubat.

Wan Nadiah memiliki latar belakang pendidikan Ijazah Sarjana Kesihatan Awam (Pemakanan) London School of Hygiene and Tropical Medicine di UK dan Ijazah Sarjana Muda Sains Biokimia dari Harvard College, Amerika Syarikat. Kini beliau juga merupakan naib presiden Kelab Harvard Malaysia.

Iklan

Menurut Forbes Asia, antara individu lain dalam tersenarai dalam Power Business 2021 ialah termasuk Marina Budiman, pengasas bersama syarikat data DCI Indonesia dan Cao Xiaochun dari China yang mengasaskan firma perubatan Hangzhou Tigermed Consulting pada 2004 bersama suaminya Ye Xiaoping.

Iklan

Bca juga: “Kahwin orang internet tapi…” Jutawan Irfan Khairi dedah isteri, anak tak ada akaun media sosial

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Forbes, Bernama