JIKA kanak-kanak lain memilih menu nasi lemak, roti, sandwich mahupun mi goreng sebagai menu sarapan pagi, berbeza pula dengan seorang kanak-kanak yang tular baru-baru ini.

Si kecil bernama Adekta memilih sajian ‘rare’ dengan membawa bekal nasi dan ikan goreng serta beberapa keping petai.

Memang rare betul adik ni, siap bawa petai ke sekolah.

Gelagat bersahajanya mencuri tumpuan ramai lebih-lebih lagi membawa petai mentah.

 

Bahkan, warga maya turut kagum dan memuji sikap berdikari yang dipraktikkan Adekta dalam menyiapkan bekalannya sendiri.

Baca lagi ‘Comelnya, macam anak mat saleh. Rezeki tu.’ Miliki dua anak perempuan albino, ibu ini luah rasa syukur!

Kisah anak kecil berasal dari Indonesia itu mulai tular di medium TikTok selepas ibu saudaranya memuat naik videonya sedang menyiapkan sendiri sarapan untuk dibawa ke sekolah.

Ibu saudara yang dikenali sebagai Dita Kerang memuat naik ‘aksi’ Adekta yang memasukkan nasi ke dalam bekas makanannya sambil ‘membebel’ nyata mencuit hati ramai.

Kecil kecil sudah pandai berdikari. Boleh jadi contoh kepada rakan-rakan lain.

Menerusi video tersebut, Adekta ditegur ibu saudaranya kerana membawa banyak petai ke sekolah.

Si kecil itu pantas menjawab dengan berkata, ia untuk dimakan bersama-sama rakan-rakannya.

Rupa-rupanya Adekta seorang kawan yang pemurah orangnya.

Iklan

Beliau turut menghulurkan bekalan makanan yang dibawanya untuk dikongsikan bersama rakan-rakan yang lain ketika waktu rehat di sekolah.

Bahkan, Adekta sempat memberi teguran kepada  ibu saudaranya itu supaya jangan kedekut untuk berkongsi rezeki kerana orang yang kedekut, kuburnya sempit.

Kata-kata si kecil itu  benar-benar membuatkan ramai yang tergelak besar.

Iklan

Suka betul tengok gelagat Adekta ini. Sudahlah pakai bedak putih pada mukanya, gaya menjawab pun buat ramai geli hati kan!

Sumber: DitaKerang 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami  DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi