'Gemuk demi anak apa salahnya.' Tubuh berisi & didakwa tak lawa, Madammu dedah berhabisan RM400,000 demi Ahmad Kayden

A
A
A

USAHAWAN kosmetik dan influencer ini begitu dekat di hati warganet. Sering berkongsi penstriman langsung di laman sosial TikTok, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abdul Rashid baru-baru ini menjawab persoalan pelayar laman sosial itu berkaitan dakwaan semakin berisi selepas bersalin.

Memberi respons kepada komen berbaur negatif tentang bentuk badannya yang dikatakan sudah berubah dan berisi, pempengaruh jelita itu menjelaskan beliau sanggup mengorbankan apa sahaja.

Madammu tidak mudah melatah dan menjelaskan beliau langsung tidak kisah jika berat badannya naik kerana hamil dan melahirkan anak lelakinya, Ahmad Kayden.

"Tak apa lah kalau saya gemuk macam ni sebab saya melahirkan seorang baby, saya okay.

"Sebab saya nak dapatkan seorang baby pun bukan senang," katanya.

Wanita berusia 34 tahun itu menjelaskan, beliau melalui proses yang tidak sama seperti bakal ibu lain untuk mendapatkan darah daging sendiri. Malah, banyak yang terpaksa dikorbankan termasuk wang, masa dan fizikalnya demi anak yang tersayang.

"Saya habiskan RM200,000 untuk seorang baby, itu belum lagi dia punya expenses. Perbelanjaan biliknya sahaja RM200,000, dah jadi RM400,000.

"Bukan duit sahaja, air mata, masa tidur. Saya korbankan untuk dapat baby tu. Jadi kalau saya gemuk macam ni apa salahnya?" jelasnya dengan tenang.

Baca juga: Penantian 7 tahun berakhir, Madammu kongsi berita gembira kini hamil 5 minggu

Baca juga: IVF 8 kali, 12 tahun usaha zuriat, kisah bapa ini buat netizen sebak

Madammu selamat melahirkan anak pertamanya pada 9 Jun 2023 menerusi pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Usahawan itu menunggu tujuh tahun sebelum dikurniakan zuriat. Pada Oktober 2022, beliau berkongsi berita gembira kini hamil pada usia kandungan lima minggu selepas rawatan in vitro fertilization (IVF)

Baca juga: Risiko wanita hamil di luar rahim, adakah pembedahan IVF diperlukan? Ini jawapan pakar

Selain rawatan IVF, wanita jelita ini juga terpaksa menjalani prosedur membuang tiub fallopian dan mengambil pelbagai suntikan, selain makan pil hormon yang memberi kesan ke atas emosi. Malah, beliau terpaksa menjalani bed rest selama 10 hari sepanjang proses IVF berlangsung.

Untuk rekod, Madammu berkahwin dengan suaminya, Azri, 44 pada 2015 yang memiliki tiga anak tiri Zahara, Qally dan Ahmadhi daripada perkahwinan terdahulu.

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca